Chapter 18 : Eyes.

1.8K 192 2
                                    

Rakaman CCTV yang tersiar di skrin telefonnya ketika itu di pandang dengan renungan dingin. Dari awal sehingga la akhir. Dia saksikan semuanya. Tak sangka pulak keputusan dia untuk letakkan kamera tersembunyi sebelum keberangkatannya ke sini berguna. Pada awalnya dia syak jugak kenapa la tiba-tiba dia di hantar ke sini sedangkan ada ramai lagi doctor yang layak untuk ke sini. Dan dari situ, sesuatu terlinta dalam fikirkannya. Memberitahu dia, sesuatu tak kena sedang terjadi. Mujur la dia bawa Bersama jurnal ayahnya ikut ke sini. Kalau tidak pasti sudah di rampas oleh mereka yang mahukannya.

Knock!

Knock!

Bunyi ketukan buatkan perhatian Davina tersentak. Dia cepat-cepat tekan butang lock pada telefonnya sebelum angkat kepala untuk lihat siapa yang datang ke bilik rawatan lewat malam begini. Pandang saja dia ke pintu yang terkuak itu, perasaan gelap terus menyelubungi dirinya.

Lelaki ni lagi!

Memangnya dah tak ada kerja lain ke nak muncul depan dia setiap masa!

"Seorang je?Mana yang lain?"tanya Declan sewaktu berjalan masuk ke ruangan itu dengan wajah berlagaknya.

Davina tidak hiraukan Declan. Dia malah tolak dirinya dari bersandar pada almari rak ubat-ubatan dan gerak ke meja dimana stestokopnya berada. Dia nak lawat tiga orang pesakit yang dibawa masuk tengah hari tadi.

Dan apabila Davina melewati Declan, lelaki itu pandang sekejap ke depan lalu seluk tangan ke dalam poket seluar askarnya. "Stop."

Kaki Davina serta merta ikut arahan itu sedangkan dia tak nak. Dia hanya berdiri di situ tidak berpaling.

Baru la Declan berpaling dan jalan mendapatkan Davina. Dia pegang bahu itu lalu di paksa supaya berpaling menghadapnya semula. Serta merta mereka berdua bertentang mata buat kali kedua secara direct. Hal itu buatkan Declan terpana sekejap namun dia cepat-cepat soberkan dirinya kerana ada sesuatu yang dia mahu tanyakan kepada Davina.

"Maybe kalau awak dengar ianya macam pelik...tapi saya kena tahu sebab itu saya tanya tentang hal ni."kata Declan sewaktu pandang Davina.

Bersama renungan tak berminatnya Davina balas tatapan Declan. Kalau lelaki ni tanya dia apa-apa, memangnya dia nak jawab? "Apa perkara tu?"tanya dia.

"Apa yang berlaku antara awak dengan Eden siang tadi?memangnya awak berdua ada hubungan apa dengan dia?Khabar angin telah tersebar meluas mengenai pertengkaran awak berdua yang berjaya di rakam oleh beberapa orang yang berlegar di kawasan kejadian siang tadi."beritahu Declan. Dia sebolehnya mahu menjaga integrity tempat ini. Jadi sebolehnya dia tak mahu ada sebarang anasir luar yang boleh mempengaruhi nama baik tempat ni.

Tersebar?Davina kedipkan mata dia buat beberapa kali kerana terkejut dengan berita itu. Dah tersebar?Haih!Semua ni salah Eden!Kalau abangnya itu kawal diri dan tak naik angin depan semua orang siang tadi, pasti dia kekal low profile sehingga hari ni. "Kata high intelegence agency...takkan la latar belakang saya pun tak tahu lagi?"soalnya pula.

Mengerenyet tepi mata Declan dibuat soalan tu. Dia diam-diam mengetap gigi menahan sabar. Hairan dia!Macam mana doctor depannya ini boleh bersikap tenang seperti ini sedangkan dia sudah merinding geram. "Dan memangnya awak ni suka tunjuk perangai tak guna seperti ini pada semua orang ke?"tanya dia dengan nada tenang tapi kedengaran tak percaya.

"Kalau ya kenapa?Ada masalah?Tak suka jangan bercakap okay. Saya sendiri tak mintak awak bercakap dengan saya. Saya datang sini bukan untuk bersuai kenal atau berfoya-foya. Saya datang atas tugas. Dan jugak bukan atas kerelaan. Sebab itu saya agak agitated dan buat perangai tak guna ni."beritahunya. Harap-harap lelaki ni faham dan berhenti dari muncul di depan matanya lagi. Dia benci berhubung dengan manusia. Mereka hanya akan bawa masalah dan tekanan saja!

"Why you hate me so much?"soal Declan dengan kening berkerut. Hairan dia, orang dalam pangkalan ni kalau boleh nak berkawan dan mendekati dia apa lagi cuba ambil hati dia. Tapi pendatang baru depannya ini sebolehnya seperti mahu dia lenyap dari muka bumi ni. Dia lentokkan sikit kepala hendak meneliti Davina lebih lagi. Dia rasa tertarik nak tahu lebih lagi sebab pandang muka ni buatkan dia teringatkan seseorang. Tapi dia tak sure siapa, dekat mana dan bila!Nampaknya dia kena buat background check nanti.

"I not hate you. I just hate human. So f*ck off before I did it for you."balas Davina sebelum memberi jelingan tak suka ke Declan.

Berasa jengkel dengan sikap yang di lemparkan oleh Davina kepadanya, Declan hanya berdiri di situ memerhatikan pemergian Davina. Ya sudah!Ingat dia hairan sangat!Lantak situ apa nak jadi dekat doctor tu nanti!Takkan dia ambil pusing apalagi di pedulikan!

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now