Chapter 16 : Abang Angkat!

1.8K 197 1
                                    

"Aku tanya apa kau buat dekat sini!Pekak ke!!"jerkah Eden tak semena dekat situ pada Davina dengan lantang hingga buatkan semua yang ada di situ berpaling memandang ke tempat tersebut.

Tanpa hiraukan bentakan itu, Davina rentap tangannya dari cengkaman Eden lalu berkata. "Minta yang tak berkaitan keluar dari sini." arah dia sebelum kembali hendak memeriksa pesakitnya.

Eden yang tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh Davina jalan keliling katil tu sehingga tiba di tempat Davina berdiri sebelum pegang lengan atas adik angkatnya itu lantas di tarik keluar dari ruangan tersebut.

Malas nak kecoh-kecoh, Davina ikutkan saja tarikan itu sehingga la mereka berdua keluar dari ruang rawatan tersebut dan berdiri dekat luar yang sibuk dengan para tentera dan staf sedang lalu lalang bekerja melakukan urusan mereka di situ.

"Apa kau fikir kau buat hah!Macam mana kau boleh ada dekat sini!"bentak Eden sekuat hati kerana berang melihat kehadiran adik angkatnya di situ. Perempuan ni dari dulu sampai sekaramg tak pernah nak bagi dia senang betul la! Mana dia pergi mesti ada Davina!Argh!

Davina hanya mendiamkan diri. Dia gerak hendak masuk semula ke dalam. Tiada gunanya dia bertekak dengan Eden sebab semuanya sudah terlambat sekalipun lelaki ni tahu!

"Aku tengah cakap dengan kau kan!"Eden tarik Davina semula supaya menghadap dia semula. Kali ni lengan tu tak dilepaskan oleh dia. Malah dikuatkan lagi cengkaman tu lagi adalah. "JAWABLAH!!" jerkahnya lagi di depan muka tu sambil goncang lengan yang dipegangnya ketika itu dengan kasar.

"Lepaskan aku."arah Davina sambil tenung tepat ke mata Eden.

"Kalau kau dekat sini...ibu macam mana dekat sana hah!Apa kau cuba buat?Nak hancurkan hidup aku macam yang kau buat dulu?Macam tu!"bentak Eden lagi hingga timbul urat belirat pada permukaan lehernya.

Davina tarik sengih mengejeknya lepas dengar Eden cakap macam tu. Baru sekarang nak ingat ibu ke?Siapa yang hancurkan hidup siapa sekarang ni?Bukan ke Eden sendiri yang susahkan hidup dia selama ni?"Ibu dah tak ada."beritahunya dengan nada perlahan.

Riak muka bengis Eden serta merta kendur sebaik dia dengar akan hal itu. "Apa?"

Dengan satu rentapan kuat, Davina tarik lengannya dari cengkaman maut Eden itu. Langsung tidak mempedulikan rasa sakit yang dia rasai pada bekas cengakaman Eden. "Ya...ibu dah tak ada. Dia meninggal dunia seminggu yang lepas."beritahunya lagi dengan nada mendatar.

Dada Eden mula naik turun hendak hilang kawalan. Dia pandang kanan dan kiri kebingungan sambil menguak rambutnya ke belakang dengan jari jemari. "Tak...ibu tak mungkin meninggal."nafinya sebelum pandang Davina. "Beritahu aku...kau tipu kan!Ibu tak meninggal dunia..."tanya dia dengan nada tak percaya.

"Buat apa aku main-main pasal kematian orang lain."balas Davina lagi dengan mendatar.

"Macam mana ibu boleh meninggal?"tanya Eden lagi dengan mata terbutang luasnya.

Davina menjuling mata kerimasan. Ini yang dia malas ni, Eden hanya akan buatkan dia rasa rimas dan jengkel je. Sebab ini la. Sebab lelaki ni akan salahkan dia! "Kanser servik.."jawab Davina pendek.

Berasa berang dan tak percaya dengan apa yang di dengar, Eden cengkam kedua-dua belah bahu Davina lantas di goncang badan tu sekuat hati. "Kenapa!Kenapa baru sekarang kau beritahu aku!Kenapa kau tak cakap apa-apa pasal ibu sakit!"

Rimas dengan goncangan yang diterima ketika itu, Davina angkat kedua-dua tangannya lalu menepis kedua-dua tangan itu dari bahunya lalu berikan tendangan pada kaki abangnya hingga buatkan lelaki itu melutut betul-betul dekat depannya kedua-dua kaki dalam sekelip mata.

Dan pada masa yang sama, ketika itu, Declan dan Garvien yang kebetulan hendak melawat pasukan yang dikhabarkan telah cedera melihat situasi itu. Situasi dimana Eden melutut di depan Davina depan pintu masuk ruang rawatan tersebut.

Dia tunduk memandang je bawah."Bukan sekali, bukan dua kali...berpuluh kali aku cuba hubungi kau Eden...sejak tahun lepas lagi. Tapi kau tak pernah nak peduli, apa lagi bagi peluang untuk aku sampaikan berita ni pada kau..."beritahu Davina dengan renungan dingin tanpa perasaannya pada Eden. "Dua hari sebelum tu pun aku cuba hubungi kau..tapi kau marahkan supaya jangan hubungi kau lagi...lupa?"

Baru la Eden dongak memandang Davina Bersama mata kemerahan tapi tiada air mata. "Itu sebab aku fikir kau nak menyemak dalam hidup aku lagi.."bisiknya dengan lemah sebab terlalu sedih dan terkejut dengan berita yang di sampaikan.

"Jadi bukan salah aku apa yang dah terjadi." lafaz Davina sewaktu dia pergi dari situ meninggalkan Eden yang masih melutut di situ. Pintu di situ ditarik dia dengan kasar sebelum dia loloskan diri ke dalam ruang rawatan itu semula.

Dari kejauahn Garvien dan Declan pandang terpinga-pinga situaso tersebut.

"Apa tadi tu?"tanya Garvien dengan perlahan di sebelah Declan. Dia pandang hairan ke arah Eden, lelaki paling berlagak dalam jabatan ketenteraan laut. Kapten paling degil dan tak faham Bahasa melutut depan seorang wanita? Wow!This is new!

Declan yang ingin tahu apa yang terjadi itu hanya diam memandang posisi Eden di situ tanpa berkelip.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now