Chapter 34 : Night Talk.

1.7K 192 1
                                    

"Awak tu kenapa ada dekat sini?"tanya Davina dengan nada tak berminat sebelum kembali mengoyak muka surat seterusnya lalu di campak kertas itu ke dalam api.

Kaden gerak mengambil tempat di sebelah Davina. Dia sama-sama bersila di situ hingga tidak sengaja berselisih lutut dengan lutut Davina di situ. "Aku perasan katil kau kosong. Jadi aku ingat nak cari kau...perasan ada cahaya itu aku ke sini.."beritahunya sewaktu selesakan diri.

Tanpa berkata apa-apa, Davina hanya dengar saja suara Kaden. Hairan...ada masa mereka bertekak ada masa mereka berbaik. Hubungan love hate antara mereka ni kadang-kadang buat dia keliru. Kaden terutamanya. Lelaki ni sekejap berkelakuan macam bencikan dia, tapi ada masa tu dia boleh rasa Kaden kisah pasal dia. Sama macam Eden. Dua orang ni sama saja perangainya.Sebab itu dia tak suka kalau ada satu ruang dengan Eden mahupun Kaden. Sebab dia tahu kehadirannya hanya akan buatkan dua lelaki ni agitated dan trigger nak naik angin bila tengok mukanya ini.

SRAP!

Kaden tersentak, dia pandang ke Davina lepas dengar bunyi koyakan itu. "Apa yang kau koyakkan tu?"keningnya berkerut ingin tahu.

"Blah la sana.."halau Davina tanpa memandang Kaden. Dia perlukan ruang untuk bersendirian. Hatinya masih sakit bila teringat akan Hanna. Doktor perempuan kuat ampu Profesor Vernon tu. Dari awal lagi dia boleh tahu perempuan musang Sembilan ekor tu ada muslihat di bawah lipatan lengan baju tu! Grr!

Kaden berdengus kasar. Dia kemudiannya lunjurkan kaki ke depan dan sondongkan tangan ke belakang sebelum dongak memandang langit. "Kau tahu aku takkan pergi sekalipun kau suruh aku pergi kan?"balasnya.

Davina menjuling mata menyampah. dia buang sisa jurnal yang ada di situ ke dalam api kemudiannya. Jatuh saja jurnal itu, terbakar la ia dengan marak sehingga menghanguskan segala permukaan yang ada dalam masa beberapa saat saja. "Kalau awak datang cuma nak sakitkan hati saya, better awak pergi sebelum saya buat perkara yang sama macam mana saya buat pada Hanna siang tadi." beritahu dia dengan nada perlahan lagikan mendatar tiada emosi.

Kaden diamkan diri buat seketika. Dia termenung memandang langit memikirkan sesuatu. Pertama kenapa Davina boleh ada dekat sini sedangkan dia minta ayahnya pindahkan Davina sementara waktu di Pangkalan Ketenteraan Diraja sehingga keadaan di hospital tenang akibat kes anak orang kaya yang Davina serang tempoh hari. Kedua, kenapa Davina lakukan hal siang tadi pada Hanna. Terakhir, kenapa Davina boleh kenal dengan Declan, anak kepada Raja negara ni?Davina tahu ke siapa Declan sebenarnya?

"Ayah yang hantar aku ke sini...dia beritahu ada berlakunya bencana alam dekat kawasan ni dan mereka perlukan bantuan perubatan. Aku tak nak. Tapi ayah paksa. Patutla bila aku tanya kenapa ayah hantar aku ke sini orang tua tu tak nak cakap apa-apa. Rupanya sebab kau ada dekat sini..dari dulu sampai sekarang.asyik kau aje yang dia lebihkan" Kaden palingkan kepala memandang ke tepi muka Davina. "Sampai sekarang aku tertanya-tanya siapa anak dia sekarang ni?Kau ke aku?"ujar dia. Punca kenapa dia anti sangat pada Davina sejak 7 tahun yang lepas. Sejak ayah dia bawa Davina masuk ke dalam family dan sering makan sama dengan mereka sekeluarga! Balik-balik Davina...Davina...Davina...sampai ke sudah dia bencikan minah di sebelahnya ini kerana telah rampas attention family dia. Terutama sekali ayahnya sendiri.

Lepas tengok jurnalnya habis terbakar, Davina palingkan kepala ke sebelah, dia bawa kakinya rapat ke dada lalu di peluk rapat menggunakan dua tangan sebelum rehatkan pipi pada atas lutut itu sewaktu memandang Kaden. "Direktor yang hantar awak ke sini?Sebab saya?" tanya dia lagi.

"Hm."jeda Kaden.

Lalu Davina tundukkan matanya ke sweater lepas yang dikenakan oleh Kaden. Termenung sekejap dia sewaktu pandang kain berwarna hijau itu. "Hanna macam mana?Dia okay?" tanya dia sambil tu.

"Pfft.."Kaden berdecit kerana berasa tak percaya dengan pertanyaan itu. "Baru sekarang kau nak tanya?Lepas kau tolak dia dari cenuram tu dan hampir buatkan semua orang yang ada dekat sini kena heart attack?" soalnya. "Apa sebenarnya ada dalam kepala otak kau tu sampai kau nekad buat macam tu sekali?Memangnya Hanna buat salah apa dekat kau?"

Baru la Davina gerakkan matanya semula ke muka Kaden. Lelaki ni suka tanya soalan yang obvious la. Sah-sah la dia takkan beritahu. Kaden ingat dirinya tu siapa?Sekalipun mereka telah berkenalan hampir 8 tahun itu tak bermakna dia percayakan Kaden. Even Direktor Bernard sendiri pun dia masih tak percaya lagi. "Saja."jawab dia dengan pendek.

Kaden silakan semula kakinya dan duduk bersila semula. Kedua-dua tangannya di seluk dalam poket sweaternya yang di pakai sebab mula rasa sejuk. Oleh kerana ingin rasa panas dia ngesot sedikit ke tepi Davina supaya bahang api di depan Davina turut mengenainya. "Dasar psiko."decit dia sambil tu.

Mata Davina perhatikan pergerakkan Kaden yang cuba merapat padanya. Tapi dia tak bergerak untuk jauhkan diri atau apa. Yalah sumber api ni datang dari dia. Dia pun perlukan jugak!

"Saya dah check hari tu...doctor sahkan saya bukan psiko atau alami sebarang masalah mental. Jadi awak kena cari modal lain untuk sakitkan hati saya next time.."seloroh Davina dengan bersahaja.

"Ahahaha"Kaden ketawa sebaik mendengar kenyataan itu. "Serius?Kau check?"

Sambil menjungkit kening dengan malas, Davina angguk kepala kecil. "Dah awak suruh. Saya check la."ya hari tu dia dan Kaden bergaduh sampai lelaki tu naik angin teruk dan maki hamun dia cakap dia perempuan gila dan suruh check. Disebabkan Kaden dan dirinya juga seorang doctor, sebarang assumption itu kadang-kadang betul. Jadi demi pastikan kesahihannya, dia turutkan la idea tu.

"Kau memang sah gila...hahah.."ketawa Kaden yang menggeleng kepala tak percaya dengan sikap Davina. Entah dari mana aje la Davina ni berasal. Bukan main selamba kalau bercakap, Lagi-lagi dengan muka poker face.

Diam-diam kelibat dua orang itu di perhatikan seseorang dari tepi khemah di situ. Sepasang mata itu mengintai tak berkelip sejak tadi.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now