Chapter 67 : We Done!

1.5K 151 0
                                    

Jam 10 malam kemudian, Davina minta diri untuk pulang lepas luangkan masa untuk membantu Ibu Kaden mengemas, cuci pinggan dan berborak dengan keluarga itu mengenai kerja dan isu semasa di selangi dengan perbualan Bersama Eden dan Kaden seakan tiada apa-ap yang berlaku di situ.

Lepas pamit meminta diri, Davina cepat-cepat atur langkah dia untuk keluar dari situ. Mahu menjauh dari orang-orang dalam rumah itu dengan lekas sebab dia tak boleh nak tahan nafas lama-lama setiap kali pandang muka mereka semata nak control emosi!

Terlalu banyak tekanan!

Dalam keadaan tercungap-cungap dan tangan menggigil, Davina tiba di tepi keretanya yang diparkir tidak jauh dari kereta Kaden setelah keluar dari kediaman tersebut. Air mata yang sudah lama di bendung mula mengancam mahu tumpah di pipi. Dadanya semakin sebu kerana sebak dan kecewa. Kenapa ya?Kenapa orang yang selalu dia harapkan dan bergantung pada akan selalu patahkan kepercayaan dia terhadap mereka?

"Davina!"panggil Eden tiba-tiba dekat belakang. Bunyi tapak kasut itu turut kedengaran apabila dia berlari ke arah Davina.

Terkejut mendengar bunyi itu, Davina dengan kelam kabut seluk tangan dalam handbag untuk keluarkan kunci kereta dari situ. Dan setelah dia jumpa, lekas-lekas dia tekan butang pada alat kawalan itu.

Beep!Beep!

Bunyi dan lampu ikut keluar dari kereta itu sesaat kemudian.Davina capai pemegang pintu kereta itu dan tarik ia untuk di buka!DIa tak nak cakap dengan Eden lagi!Dia serik!Serik nak percayakan orang dan berharap pada orang lain!Sakit!

"Davina!Tunggu!"dalam sekelip mata Eden muncul di belakang Davina.

Dan bila Davina buka pintu, tangan Eden muncul dari belakang bahunya dan tolak pintu itu tertutup semula dengan mengejut.

Eden pegang bahu tu kemudiannya lalu di pusingkan supaya menghadap dia. "Please...dengar dulu."minta dia sambil itu.

No!Dia tak nak dengar apa-apa lagi. Dia dah dengar cukup dekat dalam tadi!Jangan ditambahkan lagi!Davina bergelut, dia tolak tangan dari bahunya, lalu jatuhkan tangan yang ada di pintu kereta dan kembali hendak buka pintu tersebut dengan protes!

Sekali lagi, Eden tolak pintu kereta itu dan kini dia tolak Davina sehingga buatkan belakang badan Davina sandar pada kereta tersebut dan dia pagari kanan dan kiri bahu Davina menggunakan tangannya. "Pandang aku...dan dengar apa aku nak cakapkan dulu.."arah dia dengan tegas.

Masih berdegil tidak mahu memandang Eden, Davina tolak dada Eden supaya badan itu jauh darinya. Disebabkan dia terlalu sedih dan marah, tolakan itu sikit pun tak buatkan Eden berganjak mahupun menjauh darinya. Namun tindakan dia itu hanya buatkan dia sendiri yang mengalah kerana tak larat nak melawan!

Dia penat!

Penat sangat!

Sambil berkerut kening, Eden pandang kepala Davina yang tergantung memandang ke bawah di depannya. "Dengar...aku tahu kau marahkan aku sekarang. Tapi sekurangnya kau dengar cerita dari side aku pulak.."

Berasa jengkel dengan permintaan itu, Davina angkat kepalanya lalu pandang ke Eden. Cerita apa lagi yang dia kena dengarkan? "Cukup"pintas dia serta merta. "Aku tahu...kau buat semua tu sebab tugas. Dan aku tahu kau terpaksa sebab nak balas balik apa yang Profesor Bernard dah buat untuk family kau. I get it..."beritahu dia.

"Tak...Davina.Aku buat semua ni bukan sebab-"Eden tak sempat nak habis bercakap.

Davina menggeleng kepala sambil pandang ke Eden dengan renungan merayunya. "Please...lepaskan aku. Biarkan aku. Memandangkan semuanya dah selesai. Vernon pun dah tertangkap. Keadilan pun dah ditegakkan. Ayah aku pun dah di temui. Aku tak rasa yang kau perlu jaga atau awasi aku lagi. Aku berterima kasih untuk semua yang kau dah buat untuk aku...dan aku hargainyta. Tak ada sebab untuk aku marahkan kau apa lagi salahkan kau dalam hal ni...so we done okay."lafaznya dengan perasaan nak menangis yang di tahan, Kenapa la dia rasa sedih dengan semua ni?Benda bukan serius pun.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now