PROLOG

30.5K 625 4
                                    

Di bawah jubah kegelapan, tatkala insan lain sedang terlelap dan hanyut ke alam lamunan, perselisihan faham terjadi antara dua individu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di bawah jubah kegelapan, tatkala insan lain sedang terlelap dan hanyut ke alam lamunan, perselisihan faham terjadi antara dua individu. Perbalahan yang seperti tiada penghujungnya dan pertukaran servis yang tiada hentinya.

Tubir mata yang sebelum ini gersang, kini kembali lencun. Susuk tegap yang berada di hadapan sekarang, ditatap dengan penuh rasa kebencian.

Marah, sedih, kecewa, semuanya sebati dalam dirinya. Hampir sahaja dia mahu meraung disitu. Melepaskan segala yang terasa sempit di dadanya. Tak mampu nak ditelan satu kenyataan yang amat pahit baginya itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku percayakan kau Harith... Sangat-sangat. Aku dah letak sepenuh kepercayaan aku pada kau, tapi kenapa kau khianati aku? Kenapa Harith?!" Suara yang tadinya mendatar, kini sudah semakin meninggi. Rahangnya diketap erat, menahan hati yang bergelora sedari tadi.

"Aku tanya kau Harith, jawablah!" Didesak lagi si lelaki untuk memberikan jawapan. Bila tiada sebarang aksara yang keluar dari mulut lelaki itu, buatkan si gadis tak mampu nak membendung api kemarahaannya. Dan akhirnya lelaki yang sudah bergelar seorang suami dihadapannya diherdik begitu sahaja.

Harith masih kekal tidak berekspresi. Diam tidak berkutik. Hujung tubir matanya diseka perlahan-lahan. Dan akhirnya, apa yang terkeluar dari ulas bibir lelaki itu buatkan Razia menggenggam penumpuk. Harith sekadar ketawa kecil. Tertawa dalam kekecewaan.

"Sepatutnya, abang yang kena tanya Razia soalan tu. Kenapa Razia buat abang macam ni? Razia langsung tak bagi abang ruang dan peluang untuk abang jelaskan. Razia lebih pilih untuk percayakan kata orang luar berbanding suami Razia sendiri? Macam itu?" Soalan yang ditujukan Razia kepadanya sebaliknya dibalas dengan soalan semula.

"Kau bagitahu aku kenapa aku kena percayakan cakap kau?"

"See? Abang dah kata. Tak ada gunanya lagi abang nak jelaskan, kalau terang-terang Razia dah tak percayakan kata abang. I don't find myself explaining what my point is, because it always ends up like nothing Razia..." balas Harith kendur.

Razia tertawa penuh sinis. Air matanya dikesat berkali-kali.

"Kau sendiri dah khianati janji kau Harith. Apa kau ingat, aku boleh percaya lagi kata-kata kau? Apa lagi kau nak tipu aku Harith? Kau tak penat hidup dalam penipuan?!" herdik Razia tak tertahan. Perasaan marah menyelubungi diri sampai tak sedar yang diherdiknya adalah suaminya sendiri.

"Astaghfirullahaladzim Razia... Abang tak pernah tipu Razia. Demi nama Allah, abang tak pernah khianati kepercayaan yang Razia dah bagi pada abang. Abang..."

"Boleh pergi mati dengan janji kau Harith... Lepaskan aku. Ceraikan aku Harith Firmanshah..." pinta Razia dengan riak wajah yang kosong.

Permintaan dari isterinya buatkan Harith jatuh menekur di hadapan Razia dengan air mata yang sudah menitis. Tuhan... Dugaan apa lagi ini?

"No... Jangan buat abang macam ni Razia. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Razia marahlah abang, pukullah abang, bencilah abang, tapi jangan sesekali minta benda macam itu. Sampai nafas terakhir abang sekalipun, abang tak akan lepaskan Razia. Itu janji abang pada Razia dulu..." rayu Harith sambil dia mahu menarik tangan Razia dalam genggamannya. Namun, pantas ditepis oleh Razia sendiri.

"Fine! Ini yang kau nak kan? Tapi, kau kena hadaplah hidup macam ni. Kita still suami isteri. Tapi, keadaan tak akan sama macam dulu lagi. Sedialah hidup dalam kebencian aku Harith Firmanshah..." ujar Razia sebelum dia angkat kaki masuk ke bilik.

Harith terkaku. Susuk tubuh Razia yang sudah semakin hilang dari pandangan dipandang dengan titisan air mata. Air mata kekecewaan. Tuhan...

"Sayang..." seru Harith perlahan.


tbc

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now