BAB 58

4.8K 198 2
                                    

Pia menolak pintu bilik tanpa sebarang reaksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pia menolak pintu bilik tanpa sebarang reaksi. Masuk sahaja plastik bungkusan makanan yang berada ditangannya diletakkan di atas meja belajar Razia. Kemudian, Pia campakkan beg sandangnya di atas katil, seraya tubuhnya direbahkan.

Razia yang baru sahaja keluar dari bilik air naik hairan melihat keadaan Pia yang sudah terbongkang di atas katil. Penat sangat gayanya.

Razia melabuhkan duduk di atas katilnya. Sambil itu, anak matanya masih terkunci pada Pia dihadapan. Sesaat kemudian, mata Razia teralih pada bungkusan nasi yang berada di atas meja belajar itu.

"Kau ke yang belikan nasi tu? Thankyou Pia," ucap Razia.

"Hmm..." Pia menggumam malas dengan kelopak mata yang masih tertutup rapat.

Razia hanya anggukkan kepalanya. "Kau okey?" tanyanya.

Sesaat, Pia angkat mukanya. Kemudian, dia angguk. "Okey aje. Kenapa, kau nampak aku macam tak okey ke?"

"Haah, kau nampak macam tak okey. Selalunya, bila balik kelas, kau akan riuh. Tapi sekarang senyap aje," keluh Razia.

Pia terus tegakkan batang tubuhnya. Badannya disandarkan di dinding sambil matanya masih terkunci pada Razia dihadapan. "Kau tahu kan apa yang aku nak cakap?" soal Pia tanpa basa basi.

"Pasal Ersyad?" tebak Razia.

Pia angguk mengeyakan.

Melihat anggukan dari Pia buatkan satu keluhan tipis terkeluar dari ulas bibir Razia. "Kenapa dengan Ersyad? Apa lagi yang dia buat? Pia, bukan ke aku dah pesan, jangan layan kalau dia ada tanya apa-apa pasal aku." Razia memperingatkan semula.

Pia ketawa sinis.

"Jangan layan? Apa yang aku boleh buat, kalau dia tak habis-habis runsingkan kepala aku dengan soalan-soalan tentang kau Razia?"

Razia terkedu. Perlahan-lahan, Razia bangkit dari duduknya dan bertukar tempat di sisi Pia. "Pia aku minta maaf... Aku pun tak tahu Ersyad tu nak apa dengan aku. Kalau kau tanya aku, aku pun tak suka dia kacau aku Pia."

"Sebab dia sukakan kau la Razia! Takkan itu pun kau tak nampak lagi?" tempik Pia dengan nada suara yang meninggi.

Razia tertampar dengan kata-kata Pia tadi. Wajah Pia dipandang lama.

"Kau rasa aku suka ke Ersyad tu Pia?" Razia menyoal semula.

Pia ketawa cukup sinis. Bahunya dijongketkan sekali. "Manalah aku tahu. Aku bukannya ahli junum nak tahu apa perasaan kau pada Ersyad." Mudah Pia membalas.

Razia mengeluh sendiri. Tangan Pia dipegang lembut.

"Aku tahu kau sukakan Ersyad Pia... kau jangan risau, aku tak akan pernah ada perasaan pada Ersyad. Tak akan," ujar Razia sungguh-sungguh.

Pia menoleh ke arah Razia dengan kening yang terjungkit sedikit. Jari telunjuknya dihalakan kepada dirinya sendiri. "Aku sukakan Ersyad? No Razia, kalau kau nak ada perasaan pada Ersyad pun, aku tak boleh nak halang. Itu keputusan kau..." balas Pia kendur.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now