BAB 75

6.6K 246 6
                                    

"Sayang okey?" tanya Harith sebaik sahaja mereka sampai di rumah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang okey?" tanya Harith sebaik sahaja mereka sampai di rumah mereka.

Razia hanya mendiamkan diri. Kasut ditanggalkan sebelum dia terus berlalu masuk ke dalam tanpa membalas soalan dari suaminya tadi.

"Sayang?" seru Harith sekali lagi.

Razia pusingkan tubuhnya kemudian, nafas panjang dihela. "Razia penat. Razia nak masuk bilik dulu." Setelah itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan suaminya dibelakang. Sempat dikesat air matanya berkali-kali.

Harith hanya memerhatikan pemergian isterinya tanpa sebarang kata. Kalau dia ditempat Razia, dia yakin dia akan bertindak sebegitu rupa. Siapa saja tak sedih tatkala dihina dan diperlekehkan sebegitu?

Harith hela nafas panjang. Tanpa banyak bicara dia terus berlalu ke dapur.

                                    _____•_____

Siap menyelesaikan segala tugasan rumah, Harith terus melangkah ke arah bilik tidur mereka. Sampai dihadapan, tombol pintu dipulas dengan perlahan. Masuk sahaja, nampak susuk Razia sepertinya sudah dibuai mimpi. Harith berjalan ke arah isterinya dengan perlahan. Seraya duduk dilabuhkan disisi isterinya. Rambut yang menutupi sebahagian wajah Razia, diselitkan dibelakang telinga.

"Maafkan abang sayang... Abang memang suami yang tak guna. Sepatutnya abang pertahankan Razia.  Abang gagal jadi seorang suami yang baik untuk Razia," lirih Harith perlahan.

Sudah lima minit berlalu, Harith masih merenung wajah suci isterinya. Diusap pipi kanan Razia lembut. Rasa dirinya sangat berguna saat melihat isterinya diperlekehkan begitu saja dihadapannya.

"Sayang... Abang ada masakkan makan malam. Jom makan," kejut Harith lembut.

Razia hanya menggeliat kecil tetapi kelopak matanya masih tertutup rapat.

"Sayang bangunlah..." Kalini tubuh isterinya digoncang sedikit.

Lambat-laun, Razia terpaksa celikkan matanya. Terpisat-pisat matanya sambil dia memandang ke arah suaminya.

"Dah pukul berapa?"

"Sebelas malam. Abang dah masak lama dah tadi. Cuma abang tengok Razia tidur lena sangat, abang jadi tak sampai hati nak kejut. Jom kita makan kat bawah, nak?"

Razia geleng kepala. "Taknak," balas Razia sepatah.

"Kalau Razia kenyang, Razia temankan abang makan boleh? Abang bosan makan sorang-sorang. Kalau ada sayang—"

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now