BAB 03 (edited)

7.3K 331 6
                                    

Hari yang selalunya sunyi sepi, tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan dengan kekecohan dari dua orang kanak-kanak ribena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari yang selalunya sunyi sepi, tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan dengan kekecohan dari dua orang kanak-kanak ribena. Para penghuni di dalam bilik tersebut masing-masing sudah mengelilingi dua anak kecil tersebut.

"Isy, ini Bayah punya, awak janganlah culi," jerit Bahiyah sambil dia merentap anak patung Hello Kitty dari tangan Mariam. Air matanya sudah menitis. Saja nak berdrama!

Mariam terus merampas semula. Tak nak kalah punya pasal. "Ini titew punya, awak yang culi!" jerkahnya semula.

Beberapa orang disitu, masih mencuba meleraikan pergaduhan di antara dua anak kecil itu. Ada yang menarik Bahiyah, dan ada yang menarik Mariam. Kalau sehari tak bergaduh memang tak sah!

"Lepas la!" Mariam merengek. Anak patung yang direntap mereka berdua hampir sahaja terputus dua kepalanya.

Tapi tidak semudah itu, Bahiyah angkat bendara putih. Dia disitu, masih teguh berjuang untuk mendapatkan anak patung Hello Kittynya itu. Walau apa pun, jangan pernah mengalah!

"Mariam... ini kan Yah punya. Mariam punya kan patung Mickey Mouse?" kata Arisa yang berusia tiga belas tahun.

Mariam geleng menidakkan. Ah, barang kepunyaan Bahiyah adalah barang kepunyaan dia juga.

"Kenapa bising-bising ni? Umi suruh siapakan kerja sekolah kan?" Kedengaran suara Razia menyoal garang. Dia yang baru sahaja balik dari tasik mula berkerut dahi memandang kekecohan yang berlaku itu.

"Macam mana kita orang nak buat kerja sekolah kalau Mariam dengan Bahiyah ni tak habis-habis bergaduh Kak Noor?" keluh salah seorang dari mereka.

"Haah Kak Noor." Yang lain mula menambah.

Razia sudah cekak pinggang. Dengan selamba, anak patung yang berada di tangan mereka berdua dirampas.

"Bagitahu Kak Noor, siapa pemilik anak patung ni yang sebenarnya?" soal Razia garang.

"Bayah!"

"Mayam!"

Razia terkedu. Aik? Sampai dua sekaligus mengaku ni apa pasal?

"Siapa tipu Kak Noor, tak dapat ice cream," ugut Razia. Cakap baik-baik tak jalan, sudahnya ini aje caranya.

Serentak, kedua-dua mereka terdiam.

"Okey, tak ada siapa nak mengaku kan? Patung ni Kak Noor buang—" Seraya Razia mula acah-acah mahu beredar dari situ dengan membawa patung Hello Kitty itu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now