BAB 69

5.9K 225 22
                                    

"Taknak! Razia nak tengok Mariam! Razia nak Mariam!" Razia sudah meronta-ronta di dalam dakapan suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Taknak! Razia nak tengok Mariam! Razia nak Mariam!" Razia sudah meronta-ronta di dalam dakapan suaminya. Ketika itu, Harith, Harraz, Elma dan Razia sudah pun berada di hospital untuk menuntut mayat Mariam. Baru semalam mereka selesai menguburkan arwah Hajah Faiza, dan harini mereka sekali lagi digemparkan dengan pemergian Mariam.

Ketika berita pemergian Mariam sampai pada halwa telinga Razia, disitulah dia dapat rasakan yang dunianya betul-betul terhenti. Tiga orang yang dia paling sayangi pergi dalam masa hanya dua minggu. Jadi dugaan apa lagi yang dia harus tanggung selepas ini?

"Razia tak sempat nak tengok Mariam buat kali yang terakhir abang... Razia nak jumpa dia, tapi bukan dalam keadaan dia dah tak bernyawa. Razia nak Mariam..." Teresak-esak dia menangis dalam dakapan Harith. Harith hanya mampu mendiamkan diri sambil dia menggosok tudung kepala Razia.

"Razia tak kuat... Razia dah hilang tiga orang yang Razia sayang. Lepasni Allah nak tarik siapa lagi dalam hidup Razia abang?"

"Shh... Tak baik cakap macam tu sayang... Walaupun ujian yang Allah bagi pada kita ni berat, tapi kita kena kuat dan tabah hadapinya. Bukan Razia seorang aje yang sedih dengan pemergian Mariam, abang pun sedih. Harraz, seluruh penghuni Rumah Jagaan Bakti...Kita cuba reda ya sayang?"

Harraz disebelah hanya pasang telinga sambil dia menundukkan wajahnya.

"Boleh kami jumpa waris Mariam Shifa?" tanya seorang doktor lelaki yang baru sahaja muncul itu. Pantas sahaja Harraz bangkit dari duduknya.

"Saya ayah dia..."

"Boleh encik ikut kami sekejap," arah doktor itu lagi.

Harraz mengangguk. Namun baru sahaja dia pergi, Harith pantas menarik lengannya. "Boleh aku ikut?" tanya Harith.

Harraz menghela nafas sebelum sekali lagi dia mengangguk setuju. Setelah itu, kedua lelaki itu terus pergi dari kawasan. Maka tinggallah, Razia dan Elma berduaan disitu.

Razia masih lagi menangis dalam diam disitu. Menggigil tangannya dek kerana terlalu banyak sangat menangis.

"Razia..." Elma menegur dari tepi.

Razia terus panggungkan kepalanya ke arah Elma. Air matanya dikesat beberapa kali. "Ya?"

"Kita tak pernah berbual pun selamani. Sejak you jadi isteri kepada Harith, I tak pernah dapat bersembang dengan you. You kenal tak I?" tanya Elma.

"Ke...kenal. Abang Harith pernah cakap pasal kak long dengan Razia."

"Oh..." Elma terkedu. Apa agaknya yang Harith cerita pasal dia dengan Razia?

Setelah itu, mereka berdua kembali senyap.

"You dah kenal dengan Mariam berapa lama?" tanya Elma setelah sekian lama mereka mendiamkan diri.

"Sejak Mariam masih bayi. Masatu Razia dekat Rumah Jagaan Bakti. Umi pernah cerita yang ibu Mariam meninggal masa Mariam bayi lagi. Sebab tu umi dengan baba tolong jagakan Mariam dekat Rumah Jagaan Bakti tu," cerita Razia.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now