BAB 59

5K 198 7
                                    

"Suami kau ke yang bawa kau ke klinik Razia?" soal Pia sambil matanya masih mengekori gerak-geri Razia yang sedang bersiap dihadapannya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Suami kau ke yang bawa kau ke klinik Razia?" soal Pia sambil matanya masih mengekori gerak-geri Razia yang sedang bersiap dihadapannya itu.

Razia mengangguk lemah. Nak bercakap pun dah tak ada tenaga. Rasa penat aje rasa badan ni. Tudung pun dia hanya capai tudung sarung sahaja.

"Pia... Kalau aku rasa dah tak larat sangat, mungkin aku akan ambil cuti dua tiga hari tau. Kau okey ke duduk sini sorang-sorang?" soal Razia serbasalah. Dah banyak kali rasanya dia tinggalkan Pia sendirian dalam bilik. Serbasalah pula dia.

"Eh tak apa. Aku okeylah. Yang penting kesihatan kau tu Razia. Aku tengok muka kau pun dah pucat lesi tu. Baik kau ke klinik cepat," pesan Pia lembut.

Razia mengangguk dengan senyuman tipis. Beg sandangkan dicapai. "Aku pergi dulu Pia. Hati-hati duduk dalam bilik. Apa-apa telefon aku," pesan Razia buat kesekian kalinya.

"Baik Noor Raziasyah..." Pasrah sahaja suara Pia membalas.

Razia ketawa kecil. "Bye!" Badan Pia dipeluk erat sebelum Razia terus keluar dari bilik mereka.

_____•_____

Senyuman terukir di bibir tatkala kornea matanya dapat menangkap bayang kereta suaminya. Perlahan-lahan, Razia mengatur langkah ke kereta Harith. Sampai sahaja, tingkap pemandu diketuk sekali. Razia menyengih diluar pintu.

Tak sampai sesaat, Harith terus membuka pintu kereta dan keluar. Tanpa banyak kata, tubuh isterinya ditarik dalam pelukan. Lalu dikucup seketika dahi licin Razia.

"Abang risau sangat-sangat bila Razia call abang tadi. Sayang okey? Sakit dekat mana?" Tudung kepala isterinya digosok lembut.

Razia senyum dan mendongak sedikit melihat suaminya.

"Razia okey ajelah... Sakit sikit aje ni. Abang janganlah risau." Razia cuba menyakinkan suaminya. Tangan besar Harith digenggam erat.

"Sikit apanya yang? Pucat aje abang tengok muka sayang. Kenapa? Razia ada tersalah makan ke?" soal Harith gusar. Pipi kanan Razia dielus lembut.

Razia geleng perlahan. "Tak tahu... Razia tak makan yang pelik-pelik pun. Tapi tiba-tiba aje muntah keluar semuanya. Semalam okey lagi, tapi harini macam lagi teruk," adu Razia sambil dia melentokkan kepalanya di atas dada bidang suaminya.

"Tak apa... Kita pergi klinik dulu, cek. Nanti balik, sayang rehat cukup-cukup."

Razia hanya mengangguk. Seraya, dia terus bergerak masuk ke sebelah penumpang. Begitu juga dengan Harith.

_____•_____

Pintu rumah ditolak Harith perlahan. Keluar sahaja dari klinik, sehinggalah sudah sampai pun dihadapan muka pintu rumah, bibir Harith tak henti-henti tersenyum.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now