BAB 49

4.7K 191 7
                                    

Siapa sangka, esok adalah hari yang paling ditakuti Harith selama ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa sangka, esok adalah hari yang paling ditakuti Harith selama ini. Mulai esok, Razia sudah boleh mendaftar masuk kolej. Maka, tinggallah Harith disini keseorangan. Tiada lagi sang isteri yang sentiasa menjadi peneman di malam hari. Tiada lagi, rakan untuk berbual dan tiada lagi peneman tidur di malam hari.

Walaupun berat hati ini mahu melepaskan, namun demi cita-cita yang diimpikan sang isteri, Harith akur dengan aturan Allah.

Razia hanya memerhatikan gerak-geri suaminya yang sedang sibuk mengemas segala dokumen untuk pendaftarannya esok. Jujur dia katakan, segala persiapan pendaftaran dari A-Z, semuanya diuruskan suaminya. Sehingga tiada satu pun maklumat yang terlepas pandang lagi.

"Abang sudah-sudah la tu, dari semalam Razia tengok abang duk belek dokumen tu..." tegur Razia. Ketika itu, mereka berdua sedang bersila di atas marmar bilik tidur yang berselerak dengan kertas-kertas, dan dihujung sana pula berselerak dengan baju pakaian Razia yang masih belum dilipat masuk ke dalam. Nak dibuat sendiri, tapi Harith degil menghalangnya.

"Abang kena cek betul-betul sayang. Pastikan tak ada dokumen yang tercicir. Nanti masa mendaftar tu , abang taknak Razia yang susah," balas Harith sambil anak matanya masih terkunci pada helaian kertas itu. Sesekali, cermin matanya yang sedikit melurut ditolak ke atas.

"Bagilah Razia tolong abang... Dari haritu, semua persiapan Razia, abang yang uruskan. Kesian Razia tengok abang, macam orang yang dah tak terurus pun ada."

"It's okay sayang... Sekalipun abang jadi gila disebabkan Razia, abang tak kesah. Lagipun, sayang tak ada pengalaman semua ni kan? Bagilah abang bantu sayang buat kali yang terakhir..."

"Tapi banyak ni... Boleh ke abang buat semuanya sendiri?" Razia mula meragu-ragukan kebolehan suaminya.

Harith senyum miring.

"Tengok tangan la sayang... Abang bukan nak cakap apa la, tapi tangan ni dah tiga kali settlekan borang-borang pendaftaran ni. First, masa Diploma, lepastu Degree, dan akhir sekali Master. Abang dah pro sayang..." jawab Harith dengan bangganya.

Razia hanya mampu membalas dengan senyuman.

"Esok abang temankan Razia kan?" soal Razia sekadar ingin tahu. Jujur, gugup juga diri ni, bila menghitung hari sebelum ke alam universiti. Kak Dibah awal lagi sudah minta maaf, tak mampu nak temankan. Katanya, di sekolah Aliya ada event.

Harith mendogak seketika melihat wajah isterinya. "Mestilah sayang... Kalau bukan abang siapa lagi? Ni, kalau boleh abang akan tunggu dekat depan pintu pagar universiti sampailah sayang masuk bilik..."

Razia ketawa kecil seraya badannya disandarkan disisi katil. Kaki dilunjurkan.

"Tak sangkakan Razia dapat merasa jugak sambung belajar... Tapi Razia takut la abang. Macam mana la suasana dekat sana nanti?" soal Razia sambil dia meramas jari-jemari runcingnya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now