BAB 31

6.5K 244 11
                                    

Harith memasukkan segala beg-beg baju Razia ke dalam bonet keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith memasukkan segala beg-beg baju Razia ke dalam bonet keretanya. Hari ini, Harith akan membawa Razia pindah ke dalam rumah yang dibelinya sendiri. Rumah yang dibeli Harith sewaktu zaman bujangnya. Dia sudah berjanji dengan dirinya, jikalau satu hari nanti dia akan berkahwin, dia akan memberikan keselesaan yang sempurna kepada isterinya kelak.

Razia peluk tubuh Kak Dibah erat-erat. Entah kenapa, hati dia seakan berat mahu meninggalkan rumah Kak Dibah. Banyak kenangannya disini. Jasa Kak Dibah sekeluarga kepadanya sangat tidak terhitung.

Kak Dibah kesat air matanya. "Jaga diri Noor... Jadi isteri yang solehah untuk Harith. Akak selalu doakan kebahagian kau," pesan Kak Dibah sebak. Satu persatu air matanya mula berguguran jatuh.

"Akak janganlah nangis... Kalau akak nangis, Razia pun nak menangis jugak," rengek Razia.

Kak Dibah ketawa kecil sambil menyeka air matanya pergi."Ah kau ni Noor... Dah jadi isteri orang mana boleh cengeng macam ni. Buat malu orang. Kalau akak lainlah..." balas Kak Dibah selamba.

Razia mencebik. Macam tu pun boleh ya?

"Aliya, mari salam Kak Noor kamu ni. Lepasni, dah tak ada siapa dah nak tolong kamu buat kerja sekolah. Padan muka." Sempat Kak Dibah memerli anaknya dihujung ayatnya.

Aliya menjeling ibunya disisi. Yang lain hanya ketawa tipis sambil melihat gelagat dua anak beranak itu.

Aliya merapati Razia. Kemudian, terus dia memeluk Razia erat. "Kenapa Kak Noor nak pergi? Kak Noor duduk aje la disini. Janganlah pergi. Nanti, siapa nak ajar Aliya kerja sekolah English?" rayu Aliya.

Razia terdiam. Kepala Aliya diusap perlahan. Sebak pula hatinya mendengar rayuan daripada Aliya tadi.

"Kak Noor kamu dah ada suami Aliya oi... Mana boleh dia nak tinggal kat sini lagi. Dia kena duduk dengan suami dia lepasni," celah Kak Dibah.

Aliya berkerut tidak puas hati. Kepalanya mendongak melihat Harith dihadapannya. "Kalau macam tu, abang tinggallah sekali dekat sini. Boleh tak ibu?" soal Aliya, lurus. Beralih pula pandangannya ke arah ibunya dibelakang.

Kak Dibah tepuk dahinya. Kepalanya digeleng beberapa kali. Apalah nasib dapat anak macam ni.

"Jangan nak merepek kat sini Aliya," bidas Kak Dibah garang.

Aliya peluk tubuh sambil memuncungkan bibirnya.

"Nanti kalau ada masa, Kak Noor datanglah sini jenguk Aliya. Kan abang kan?" soal Razia sambil dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

Harith senyum segaris. Kemudian dia mengangguk lembut. "Boleh sayang..."

"Janji?" soal Aliya sambil dia mengangkat jari kelinkingnya.

"Janji," sahut Razia. Jari kelinkingnya disatukan dengan jari kelingking Aliya.

"Akak, abang, kami gerak dulu ya. Balik nanti nak kena kemas sikit-sikit rumah tu. Lama dah tinggal tu," celah Harith.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now