BAB 74

6.1K 228 16
                                    

Sebulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebulan kemudian...

Seminit sekali, jam di dinding dikerling Razia. Sekejap dia berjalan ke hulu, sekejap dia berjalan ke hilir. Pinggang dicekak sambil dia menggigit ibu jarinya. Sesekali dia mengerling arah ke jendela luar rumahnya. Mana ni?

Tak sampai lima minit kemudian, telinga Razia disapa dengan deruman enjin kereta suaminya. Berlari Razia ke arah muka pintu. Tombol dipulas dengan serta-merta.

"Astaghfirullahaladzim, terkejut abang yang... Dah kenapa berdiri tegak dekat depan pintu ni? Dengan pakai baju putihnya, nasib baik abang tak kena heart attack tadi," bebel Harith panjang lebar.

"Terkejut tak terkejut, sekarang ni abang kemana? Baru sekarang nak ingat jalan balik..." Perut suaminya dipiat-piat. Geram sungguh! Sudahlah keluar tanpa beritahu apa-apa. Bila ditelefon, tak reti nak berangkat pula.

Harith menggerimis kesakitan. Tangan runcing Razia yang masih mencubit perutnya cuba dileraikan.

"Aduh, sakit yang... Maaf, abang keluar main futsal dengan Faris tadi. Kan petang tadi sayang keluar dengan adik-adik, jadi abang bosan duduk rumah. Abang keluar la, alang-alang pulak Faris ajak main futsal." Panjang berjela Harith cuba mempertahankan dirinya.

Razia mencebik. Itulah lelaki, bila dah dapat keluar dengan member, lupa semua masalah dunia.

"Kenapa Razia call, abang tak angkat?" Nada marah.

Harith menyengih. "Maaf sayang, bateri fon abang habis langsung tadi. Lupa nak cas." Mata dikedipkan beberapa kali. Berharap agar hati isterinya lembut sedikit.

"Alasan! Inilah lelaki. Bila dah seronok keluar sampai dua tiga pagi, lepastu balik buat muka tak bersalah. Dah la keluar tak bagitahu. Orang call tak reti nak angkat—"

"Malam ni, tidur luar. Jangan berani-berani nak masuk bilik," sambung Razia garang. Baru sahaja mahu atur langkah pergi dari situ, Harith terlebih dahulu menyambar lengannya.

"Kenapa marah-marah ni sayang? Kan abang dah balik ni? Abang main futsal tadi pun masih teringatkan sayang dekat rumah tahu tak? Dah jangan marah-marah, meh sini peluk." Terus ditarik tubuh isterinya ke dalam dakapan.

Dan pada akhirnya, Razia tak mampu nak tahan senyumannya. Ini susahnya bila dapat suami macam si Harith ni. Nak marah lama-lama pun tak sampai hati. Seminit kemudian, Razia terus menolak badan suaminya.

"Ee, bau peluhlah... Busuk."

Harith mencebik. Nak manja sikit pun tak boleh.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now