BAB 18

5.7K 284 14
                                    

Sampai sahaja di perkarangan sekolah Aliya, suasana berderak dengan keramaian dari pengunjung luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di perkarangan sekolah Aliya, suasana berderak dengan keramaian dari pengunjung luar. Sebaik sahaja kaki melintasi pintu pagar, ramai hadirin dan hadirat yang sudah berpusu-pusu mencari tempat duduk yang diidamkan. Keadaan di sekitar bingit dengan alunan muzik dan bergabung pula dengan suara pengacara majlis. Memang meriah.

Di hujung sana pula, ada menempatkan beberapa buah gerai jualan. Pelbagai jenis menu juadah dijual. Pelbagai aneka makanan turut dijual. Ada juga yang menjual cenderamata sebagai jualan.

Razia memimpin tangan Aliya dengan kemas. Kalau hilang memang susah nak jumpa. Kak Dibah pula masih sibuk di kantin sana. Walaupun hari ini adalah hari sukan, tetapi kantin sekolah tetap berjalan seperti biasa. Tidak ditutup.

"Kak Noor, sana." Jari telunjuk Aliya dihalakan ke arah dua kerusi yang masih kosong.

Razia mengangguk. Pantas, tangan Aliya ditarik untuk kesana.

"Aliya nak apa-apa? Kak Noor boleh tolong belikan?" pelawa Razia lembut.

Aliya menghayun-hayunkan kakinya. Kemudian, dia menggeleng kecil. "Taknak. Aliya kenyang. Kak Noor boleh tak Aliya nak jumpa dengan kawan-kawan Aliya?" pinta Aliya sambil mengerdipkan matanya sekali.

Razia toleh kiri dan kanan. Mencari susuk 'kawan' yang dikatakan Aliya tadi. "Mana kawan Aliya? Kak Noor tak nampak pun?" soal Razia.

"Kawan Aliya ada dekat surau. Dia orang masuk kawad kaki Kak Noor. Aliya kan tak masuk," maklum Aliya lagi.

Razia hanya membalas dengan oh. "Pergilah. Tapi hati-hati. Nanti kalau nak cari Kak Noor, cari kat sini. Kak Noor ada dekat sini," pesan Razia lembut.

Aliya angguk laju. Dikucup tangan kanan Razia sebelum dia terus berlari mendapatkan kawan-kawannya yang lain.

_____•_____

"Mariam makan tu pelan-pelan. Habis comot baju sukan tu nanti." Sehelai tisu dibawa ke hujung bibir Mariam yang sedikit comot akibat makan ice cream  tadi. Setelah selesai, Harith menggosok kepala Mariam. Mariam sekadar senyum sebelum sambung menjilat ice cream berperisa coklat itu.

"Pak ngah nak?" Ice cream coklat ditangannya disuakan ke arah Harith. Bibir Mariam terjongket sedikit. Menahan lucu.

Harith menggeleng kecil. Menolak pelawaan Mariam dengan sopan.

"Jom kita duduk dekat sana," ajak Harith. Tangan Mariam dipimpin ke arah kerusi kosong disana. Harith dan Mariam duduk disitu kira-kira dalam lima minit sebelum Mariam mula menggoncang tangan Harith tidak henti.

"Ya kenapa Mariam?" soal Harith hairan. Peluh yang menitik di dahi Mariam disapu menggunakan belakang tapak tangannya. Mariam diam tanpa suara sambil dia memegang perutnya. Dahinya berkerut seakan-akan menahan perit.

"Sakit perut?" tebak Harith.

Angguk.

Harith geleng kecil. Bangun dari duduk dan tangan Mariam ditarik untuk bangun sekali. Tetapi, Mariam pantas menggeleng.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now