BAB 36

5.6K 220 1
                                    

Mirza duduk dihadapan kedua orang tuanya sambil menundukkan kepalanya tak ubah seperti seorang pesalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mirza duduk dihadapan kedua orang tuanya sambil menundukkan kepalanya tak ubah seperti seorang pesalah. Berita yang baru sahaja dikabarkan kepada kedua orang tua angkatnya itu, membuatkan mereka langsung tidak boleh menerima kenyataan itu.

"Kenapa sampai macam tu sekali Mirza? Apa yang tak cukup lagi dekat sini? Kalau Mirza rasa ada benda yang tak kena, bagitahulah mama. Janganlah sampai nak pergi dari sini," ujar Puan Hilma dengan nada sebal.

Mirza meraup wajahnya beberapa kali. "Tak, semua cukup mama... Tapi, ini keputusan Mirza sendiri. Mirza harap mama dengan papa boleh terima keputusan Mirza..." pinta Mirza buat kesekian kalinya.

"Tapi kenapa sampai nak ke luar negara? Dalam Malaysia ni, belambak-lambak, universiti yang bagus dan ternama." Encik Sufian pula mencelah.

"Mirza dah tak ada apa dekat Malaysia ni. Mirza nak keluar. Mirza nak mulakan hidup baru dekat sana," balas Mirza kendur.

Puan Hilma dan Encik Sufian pandang sesama sendiri. Kurang faham dengan maksud anak lelakinya itu. Kemudian, Puan Hilma terus beralih tempat dan melabuhkan duduk di sebelah Mirza.

"Kenapa ni? Ada benda yang mama tak tahu ke?" Puan Hilma menyoal. Memujuk.

Mirza menggelengkan kepalanya buat kesekian kalinya. "Macam yang Mirza cakap, Mirza nak mulakan hidup yang baru. Mirza..." Ayat hujungnya terus dimatikan.

Puan Hilma tetap menunggu kata-kata Mirza dengan dahi yang berkerut. "Mirza kenapa?" soalnya lagi.

"Mirza dah hilang kawan baik Mirza," jujurnya.

"Hilang? Papa tengok elok aje si Malik tu datang ke rumah, lepak dengan kamu. Ke kamu berdua dah putus kawan?" soal Encik Sufian sekadar serkap jarang.

Mirza mendongak kemudian menggeleng. "Bukan Malik pa... Kawan lain..."

"Perempuan?" tebak Puan Hilma.

Angguk.

Puan Hilma menghela nafasnya.

"Iya ke kawan? Ke Mirza ada perasaan dengan dia?"

Soalan yang ditanyakan Puan Hilma, membuatkan Mirza terkedu. Macam mana mama dia boleh tahu tentang perasaannya? Adakah naluri ibu-ibu ini memang kuat sejak azali?

"Tak... Mana ada," cantas Mirza laju. Riak wajahnya masih cuba dikawal sedaya upaya.

Puan Hilma sekadar ketawa tipis.

"Perempuan tu dah ada teman lelaki? Dan anak mama ni broken sebab itu?" Sengaja Puan Hilma memacing soalan lagi. Senyuman sinis terukir di bibir Puan Hilma. Melihat raut wajah anak lelakinya itu membuatkan Puan Hilma yakin dengan tekaannya tadi.

Raut wajah Mirza sudah bertukar mendung. Kalau boleh dibetulkan, mahu sahaja Mirza membetulkan sangkaan Puan Hilma tadi. Mama, bukan sahaja teman lelaki, tapi suami ma... Hampir beberapa saat, Mirza masih mendiamkan dirinya. Lidahnya kelu. Tiada jawapan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now