BAB 30

7.2K 263 11
                                    

Setelah selesai singgah untuk mengambil barang keperluan Razia di rumah Kak Dibah, Harith terus membawa Razia ke hotel yang ditempah Datin Kalsom tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai singgah untuk mengambil barang keperluan Razia di rumah Kak Dibah, Harith terus membawa Razia ke hotel yang ditempah Datin Kalsom tadi.

Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk sampai ke lokasi yang dituju. Harith mematikan enjin. Seraya, pandangannya teralih pada wajah cantik isterinya disisi. Razia sudah pun terbuai dalam mainan mimpi. Nampak letih sangat gayanya.

Harith tidak terus mengejut isterinya, sebaliknya dia mula keluar tanpa kesedaran Razia.

Selang beberapa minit kemudian, Harith kembali dengan kunci bilik yang sudah siap ditangannya. Senang. Boleh terus check-in ke dalam. Tidaklah Razia harus menunggu. Setelah itu, baru Harith cuba mengejut Razia.

"Sayang... Bangun. Dah sampai," kejut Harith perlahan. Ikutkan hati, mahu saja dia mencempung tubuh Razia ke dalam. Tapi apa pula kata orang.

Razia masih tidak memberikan reaksi.

Melihatkan itu, buatkan Harith menggoncang perlahan tubuh Razia. "Razia..." panggil Harith sekali lagi. Kalini, suaranya ditinggikan sedikit.

Dan kalini, Razia terus terbangun dari tidurnya. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling. Sesekali, dia menggosok biji matanya.

"Kita dah sampai ke?"

Harith hanya membalas dengan anggukan. Senyuman tipis dilemparkan pada isterinya. "Jom kita keluar," ajak Harith.

Giliran Razia pula mengangguk. Badannya direnggangkan sedikit sebelum dia mula membuka pintu kereta. Harith juga turut keluar sama. Mereka sama-sama melangkah untuk mencari nombor bilik.

Usai sampai dihadapan nombor bilik mereka, Harith membuka pintu terlebih dahulu dan memberi laluan untuk Razia masuk ke dalam. Razia senyum segaris dan terus masuk ke dalam bilik.

Masuk sahaja mulutnya sedikit ternganga dengan decoration bilik tersebut. Lantai dan katil dipenuhi dengan kelopak bunga mawar. Di atas katil pula, ada towel yang dibentuk seperti angsa. Mungkin inilah yang dimaksudkan Datin Kalsom dengan pakej honeymoon. Cantik. Tetapi, secantik-cantik hiasan bilik ini, buatkan Razia kurang senang dan akhirnya...

"Achoo!" Razia bersih buat yang kesekian kalinya. Hidungnya digosok-gosok sehingga memerah warnanya.

Harith meletakkan beg baju Razia di atas lantai marmar bilik ini. Kemudian, Harith terus menuju ke arah Razia dengan kerutan.

"Razia okey? Ke Razia tak selesa dengan bilik ni? Kalau tak selesa, kita boleh tukar bilik lain," soal Harith prihatin.

"Okey. Razia... Achoo!" Razia terus menekup mulutnya. Hingus yang mahu meleleh pantas dilap pergi.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now