SPECIAL CHAPTER EID 🎇

5.7K 315 19
                                    

"Alamak, raya lagi! Ulang Riyaz!" arah Yaya penuh teruja. Kamera telefon di tangan dihalakan di hadapan wajah adiknya.

"Ayamak laya lagi..." Dengan penuh gigih, Riyaz cuba mengikuti segala tunjuk ajar kakak sulungnya itu. Walaupun nampak agak sesat, tapi tetap diturutinya.

Yaya terkekeh-kekeh ketawa disitu. Teruja betul bila sekarang ni dah ada teman sepermainanan. Kalau dahulunya, Riyaz masih tidak boleh bercakap, tapi sekarang dia sudah petah.

"Yaya, Riyaz, sini dekat umi sayang..." laung Razia dari atas.

Yaya dan Riyaz pandang sesama sendiri sebelum mereka berdua terus berlari ke arah uminya di bilik. Tangan kiri sempat mencapai telefon bimbit, sambil tangan kanan dibawa untuk memimpin tangan Riyaz naik ke tingkat atas.

"Kenapa umi?" soal Yaya sebaik sahaja pintu bilik ditolak buka.

"Sini pakai baju. Dah pukul berapa dah ni..." Satu helai baju kurung berwarna maroon, dan sehelai baju melayu itu diletakkan Razia di atas katil. Sambil itu, tangan Razia masih sibuk memakai lampin kedua anak kembarnya.

Muhamad Rafisyah dan Muhamad Rafasyah.

Kini usia kedua anak kembar lelakinya baru mencapai tujuh bulan. Dalam pada kesibukan menjaga Yaya dan Riyaz, Harith la yang paling banyak membantu Razia menguruskan semua kelengkapan kedua anak kembarnya itu.

Bila dah keluar double ni, payahnya semakin bertambah. Kadang seorang menangis, seorang lagi pun mengikut. Begitulah keadaannya setiap hari.

Yaya dan Riyaz menurut. Duduk dilabuhkan dihujung birai katil.

"Babah mana umi?" soal Yaya sambil dia mengusap kepala dua adik kembarnya itu.

"Babah pergi solat raya sayang... Sebelum babah balik, baik awak berdua pakai dulu baju tu. Nanti babah marah, umi tak tahu..."

Yaya terus gelengkan kepalanya. "Taknak. Yaya nak babah yang pakaikan baju raya Yaya." Setelah itu, Yaya terus hempaskan tubuhnya di atas katil.

"Awak tu dah besar. Mana boleh babah pakaikan lagi." Sempat dijeling anak sulungnya itu. Manja tak kenal tempat betul. Tahulah anak kesayangan babah!

"Mana ada Yaya dah besar umi. Yaya kecik lagi. Babah pun cakap Yaya kecik lagi." Tubuh Riyaz dihadapannya, ditarik supaya berbaring disisinya sama.

"Macam-macam la awak ni... Riyaz sini umi pakaikan."

Riyaz geleng laju.

"Haa kenapa? Taknak umi jugak? Nak babah aje kan korang ni..." Suara dikendurkan. Sedih betul, asal apa-apa aje, babah yang dicarinya dahulu.

Melihat perubahan raut wajah uminya, Yaya terus bangkit dari baringannya. Baju kurung miliknya, ditarik sebelum dihulurkan kepada Razia.

"Umi pakai..." Tangan didepakan. Matanya dikedipkan beberapa kali. Cubaan memujuk.

"Eleh, baru sekarang nak cari umi..." cebik Razia.

Yaya sekadar tayang sengih. Setelah itu, Razia terus menyarung baju raya milik Yaya ditubuh anaknya. Setelah selesai bahagian Yaya, giliran Riyaz pula ditarik menghadapnya.

"Sini, angkat tangan sayang," arah Razia lembut.

"Annak!"

Tercebik Razia disitu. Amboi! Dan pandai melawan.

"Apa yang taknaknya? Sini la umi pakaikan baju. Cantik tau baju ni..." Razia masih gigih mahu menyarung baju tersebut di tubuh Riyaz.

"Annak baju tu... Nak baju Spiderman." Jari tembamnya dihalakan ke arah kostum spiderman miliknya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now