BAB 12

6.2K 303 3
                                    

Harith dan Faris melangkah masuk ke dalam Tiffani & Co

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith dan Faris melangkah masuk ke dalam Tiffani & Co. Semuanya sebab Faris. Katanya nak belikan sedikit hadiah harijadi untuk mamanya lusa. Harith hanya setuju mahu menemani. Walaupun dia tak tahu menahu pasal perempuan ni, tapi ikut sajalah.

"Kau rasa perempuan suka apa?" soal Faris sambil matanya tertacap ke arah geleng dan cincin silver dihadapannya.

"Manalah aku nak tahu Faris... Kau anak mama kau, mestilah kau tahu apa dia suka. Apa yang dia minat."

Faris menggaru hujung keningnya. Banyak sangat pilihan ni. Naik buntu dia nak memilih. Semuanya cantik dan mewah.

"Aku tak tahu la Rith... Banyak sangat pilihan ni. Perempuan kau tahu la, salah pilih nanti merajuk pula," keluh Faris.

"Nama pun hadiah. Nak taknak mama kau kena suka juga. Tak pun, kau angkut aje semua yang ada dalam kedai ni. Senang pun senang," cadang Harith sambil tersengih.

"Kedai ni memang la senang. Aku ni pula yang dapat susah? Tak pasal-pasal balik sehelai sepinggang. Baju pun lebuh," balas Faris sambil dia menjeling sahabatnya. Apa punya cadangan la. Tak bernas langsung.

Harith jongket kedua bahunya. "Kalau macam itu, pandai-pandai la kau pilih. Aku tak reti sangat bab-bab ni," kata Harith sebelum dia berlegar-legar satu kedai. Bosan pula tunggu si Faris ni memilih. Gamaknya mahu berejam. Perlahan-lahan, Harith keluar dari kedai tanpa pengetahuan Faris. Mahu ambil angin sebentar.

Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kedai itu, perut Harith mula terasa memulas. Dia memegang perutnya. Harith terus mundar-mandir disitu, gelisah menunggu lif. Akhirnya, dia ternampak pintu yang terbuka dan segera menuju ke pintu itu, dengan cepat dia menyelinap masuk. Baru sahaja pintu hendak ditutup, seseorang dengan pantas memasukkan tangannya ke dalam untuk menghalangnya daripada tertutup.

"Maaf encik, sekejap," halang gadis itu dengan nafas yang sudah tercungap-cungap.

Harith terkesima. Badannya automatik mengeras disitu.

Razia hembus nafas lega. Dadanya dipegang seketika. Sudahlah dia tak tahu langsung selok-belok KLCC ni. Mujur sempat juga dia menyelit masuk ke dalam lif. Al kisahnya, Razia mahu pergi ke surau sebentar. Dah lewat sangat untuk dia menunaikan solat zuhur. Lambat-lambat, akhirnya pintu lif tertutup rapat meninggalkan Razia dan lelaki itu berduaan.

Razia berdiri tegak di hadapan muka pintu lif. Wajah lelaki tadi langsung tak sempat nak tilik. Malu punya pasal. Razia boleh rasakan tubuhnya sedikit mengeras bila tinggal berduaan dengan lelaki yang tak dikenalinya itu.

Harith di belakang masih tergamam. Razia? Apa dia buat dekat sini? Dada Harith mula berubah rentak. Orang yang paling dia tunggu dari dulu lagi. Tapi, kenapa Razia macam tak kenal dia?

"Awak nak ke tingkat berapa?" Tanpa sedar lelaki itu sudah berada disisinya. Razia masih tunduk pandang lantai.

"Saya nak ke surau... Tapi, tak tahu surau dekat mana. Encik tahu tak surau kat mana?" soal Razia perlahan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now