BAB 05

6.8K 341 8
                                    

4 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 tahun kemudian...

Razia meletakkan beberapa jenis tupperware yang berisi makanan di atas meja dengan penuh berhati-hati. Kemudian, dikeluarkan lagi, beberapa bekas yang berisi kuih muih pula. Awal pagi lagi, Razia sudah membantu Kak Dibah dan suaminya, Abang Muhsin meniaga.

Sejak Razia tamat tingkatan lima, disitulah dia mula membuatkan keputusan untuk keluar dari Rumah Jagaan Bakti. Sudah tiba masanya untuk dia hidup berdikari. Dan sudah tiba masanya juga untuk dia memulakan pencarian adik-adik kandungnya. Sepanjang empat tahun lepas, Razia masih tidak dapat mencari adik-adiknya. Sampai satu tahap, Razia sudah mulai rasa putus asa.

Tetapi, Kak Dibah la orang yang selalu memberikan kekuatan dan kata-kata semangat buat Razia untuk mencari adik-adiknya. Alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana Razia berjumpa dengan insan sebaik Kak Dibah dan Abang Muhsin. Mereka jugalah yang menyara Razia sepanjang dia tinggal di ibu kota ini.

Razia rasa serbasalah pada mereka. Takut menyusahkan. Dan disebabkan itulah, Razia meminta pada Kak Dibah supaya ambil dia bekerja di gerai Kak Dibah. Sekurang-kurangnya, Razia boleh mencari sedikit duit poket untuk menyambung pelajaran kelak.

"Noor, dah siap ke susun barang tu?" Kak Dibah menyoal.

Razia yang masih sedang ralit menyusun barangan makanan itu sedikit tersentak. Wajah Kak Dibah disisinya dipandang sekilas.

"Sikit lagi kak. Ni, Noor tengah asingkan kuih muih ni. Macam mana entah boleh tercampur sekali," kata Razia.

"Terjatuh masa dalam beg la tu..." Kak Dibah membuat spekulasi.

Razia angguk mengeyakan. Setelah siap, punggung dilabuhkan sebentar di atas kerusi plastik disitu. Razia menghela nafas. Penat juga. Jam ditangannya dikerling. 6.50 pagi. Masih awal. Para pelanggan pun masih tidak nampak batang hidungnya. Biasanya dalam jam tujuh lebih, pasti ramai pelanggan yang akan menyerbu gerai mereka. Mungkin tempat berniaga mereka agak strategik. Dimana kawasan, untuk orang lalu-lalang ke tempat kerja.

"Abang Muhsin, mana Kak Dibah?" soal Razia.

"Abang Muhsin kau kemana lagi, pergi hantar Aliya ke sekolah la," balas Kak Dibah sambil dia menyusun duit-duit baki.

Razia hanya oh. Lupa pula dia. Harini pun hari isnin. Kebiasannya hari isnin, adalah hari yang paling sibuk sekali di kota Kuala Lumpur ini.

"Eh Noor, kau tolong jagakan gerai sekejap. Akak nak membuang la Noor. Tadi kat rumah tak sempat," ujar Kak Dibah sambil tersengih lebar.

Razia mencebik. "Hmm... akak pergilah. Noor boleh tolong jagakan." Mujur Razia juga sudah mahir dengan proses jual beli ini. Tak adalah kekok sangat nak berhadapan dengan pelanggan nanti.

Dapat sahaja lampu hijau dari Razia, pantas Kak Dibah buka langkah seribu. Tandas tak adalah jauh mana pun. Dalam beberapa meter sahaja dari gerai mereka. Selepas bayangan Kak Dibah hilang, Razia mengeluh sendiri. Bosan. Walaupun umur sudah dua puluh satu tahun, tapi dia masih tidak mempunyai telefon bimbit peribadi.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now