BAB 71

5.9K 225 10
                                    

Kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kosong. Celik sahaja mata, sosok isterinya sudah tiada disebelah. Harith bingkas bangun dari baringannya. Jam di dinding sempat dikerling sekilas. Baru pukul 8.00 pagi. Awalnya Razia bangun?

Harith terus bangun dan keluar dari bilik tidur mereka. Bayang Razia dicari-dicari. Tatkala sesuatu aroma masakan menyucuk rongga hidungnya, disitulah Harith tahu dimana keberadaan isterinya sekarang. Tak menunggu lama, kaki terus diatur ke arah dapur.

Melihat Razia yang masih khusyuk memasak sampai langsung tidak menyedari kehadiran suaminya, buatkan Harith terpaksa masuk ke dapur dengan penuh berjaga-jaga.

"Good morning sayang... Masak apa tu?" bisik Harith sambil kedua tangannya melingkar di sekitar pinggang ramping isterinya. Dagu direhatkan di atas bahu isterinya.

Razia tersentak. Pantas dia menoleh kebelakang.

"Ish abang ni! Terkejut Razia..." Sambil itu, api gas dikecilkan sedikit.

Harith menyengih.

"Bila abang bangun? Razia tak habis lagi masak ni. Nanti lepas Razia dah siap, Razia panggil abang," ujar Razia lembut.

"Nak abang tolong?" pelawa Harith.

Razia terus menggelengkan kepalanya. "Tak apa... Lagipun dah nak siap dah. Abang pergilah mandi dulu. Busuklah bau abang, macam bau kambing. Pergi mandi sana," halau Razia selamba.

Tercebik Harith. Seketika, segenap inci tubuh badannya dihidu-hidu. Wangi aje, apa yang busuknya?

"Abang cium wangi aje... Cuba sayang cium abang pula. Manalah tahu deria bau kita berbeza.." ujar Harith polos. Sejurus itu, pipi kanannya terus dihalakan ke arah isterinya.

Razia terus mengangkat sudip kayunya. "Kalau rasa nak kena katuk dengan sudip ni buatlah. Razia taknak!" Bila terasa pipinya sudah berbahang, pantas Razia memusingkan badannya dan buat-buat sibuk semula.

Harith ketawa bebas. Lucu dengan reaksi yang ditunjukkan isterinya tadi. Harith masih tidak berganjak dari situ sebaliknya dia terus menyandarkan badannya di kabinet. Matanya masih kekal merenung isterinya dihadapan.

"Razia..." panggil Harith sekali.

"Hmm?" Razia pusingkan badannya semula.

"Lepas makan nanti, kita pergi rumah mummy nak tak? Semalamkan, mummy cakap nak datang rumah kita, tapi dia tak sempat. Kita ajelah yang pergi rumah dia. Sayang nak?" tanya Harith inginkan kepastian.

Razia senyum dan angguk. "Boleh. Razia pun dah lama nak jumpa dengan mummy. Rindu..." Selepas itu, Razia terus sambung memasak. Selang beberapa minit kemudian, Razia menutup api gas.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now