BAB 53

4.5K 180 10
                                    

Balik sahaja dari kafeteria tadi, Razia terus merebahkan badan di atas katil bujang miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Balik sahaja dari kafeteria tadi, Razia terus merebahkan badan di atas katil bujang miliknya. Lima minit yang lepas, Pia sudah keluar. Katanya, mahu membasuh baju di dobi. Di kesempatan ini, Razia capai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja belajar itu. Tanpa membuang masa nombor suaminya didail.

Sementara menunggu panggilan bersambung, Razia menarik patung Stich kedalam dakapannya. Sepuluh saat kemudian, panggilan mula bersambung.

"Assalamualaikum sayang..." Harith terlebih dahulu memulakan perbualan.

Dengar sahaja suara garau yang paling dirinduinya itu, buatkan senyuman di bibir delima Razia semakin mekar. Berpusing pula dia ke arah kanan.

"Waalaikumussalam..." jawab Razia dalam sengih.

"Sayang okey kat sana? Macam mana semuanya. Ceritalah dengan abang. Abang nak dengar."

Seperti biasa, bila bergayut sahaja dengan suaminya, pasti soalan itu yang pertama ditujukannya.

"Abang kita tukar ke video call. Razia rindu la nak tengok muka abang—" pinta Razia manja.

Terlepas tawa dari ulas bibir Harith. Seketika, Harith sendiri yang menukar dari panggilan suara ke panggilan video. Setelah itu, barulah anak mata Razia disapa dengan wajah kacak suaminya. Harith yang kosong tidak berbaju sambil terbaring di atas katil beralaskan lengannya. Rambutnya serabai sahaja. Dalam pada itu, tetap terserlah lagi kekacakannya.

"Abang tengah buat apa?"

"Sayanglah dulu cerita. Lepastu baru abang," balas Harith lembut.

Razia pusingkan badannya ke sebelah kiri semula sebelum dia mula bercerita. "Lepas habis kelas tadi Razia terus singgah kafe dengan Pia. Makan tengahari dekat sana. Lepastu, balik bilik. Esok takde kelas. Semua kelas online. Tapi kan abang, Razia nak cakap satu benda ni..."

"Hmm apa tu sayang?"

"Tadi kan masa Razia nak ke kafe dengan Pia, ada sorang classmate lelaki Razia ni, nama dia Ersyad. Dia ikut sekali masa kitorang makan tadi. Abang jangan risau, Razia tak—"

"Sayang..." Harith memanggil isterinya. Tapi sebaliknya, Razia masih sibuk bercerita tentang Ersyad. Bukan apa, dia cuma tidak mahu Harith salah faham dikemudian hari. Mereka berdua juga sudah berjanji, yang tiada sesiapa boleh menyimpan rahsia diantara mereka.

"Ersyad tu dia—"

"Diam Razia, diam... Bagi abang habis cakap dulu," cantas Harith.

Dan terus Razia diam tidak berkutik. Pandangannya dipusatkan ke arah suaminya semula.

"Maaf—"

"Tak sayang. Abang yang salah. Razia cerita pasal Ersyad tu dengan abang, sebab taknak abang cemburu ke apa?" soal Harith.

Razia angguk perlahan.

"Sayang... Berapa kali abang nak cakap, abang percayakan Razia lebih daripada abang percayakan diri abang sendiri. Razia tak perlu nak cerita pun semua pun, sebab abang tahu Razia tak akan buat apa-apa dibelakang abang. I trust you, and I will always trust you sayang..."

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now