BAB 64

5K 216 12
                                    

Kejadian semalam buatkan sekali lagi Razia menangis teresak-esak di dalam biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kejadian semalam buatkan sekali lagi Razia menangis teresak-esak di dalam biliknya. Banyak benda yang terjadi padanya sejak dua menjak ini. Terlalu banyak sampai dia tak tahu nak hadap yang mana dahulu. Dalam keadaan seperti ini, Razia rasa mahu berseorangan. Tetapi keadaan langsung tidak mengizinkan.

Dia harus hadir ke kelas seperti biasa. Dia harus keluar dan berjumpa dengan manusia-manusia di luar sana. Walaupun kenyataan ini perit untuk ditelan, tetapi nak taknak, dia harus hadapinya dengan cekal.

Razia duduk di atas katil sambil dia mengusap lembut perutnya.

"Baby, maafkan umi ya? Umi tak kuat sayang... Banyak sangat dugaan yang datang, sampai umi tak tahu nak buat apa. Umi penat sangat-sangat. Kenapa orang selalu tuduh yang umi mengandungkan anak luar nikah? Umi tak pernah buat benda sekeji tu. Umi nak babah. Umi taknak tinggal dekat sini. Tapi nak taknak umi terpaksa juga hadap semua ni... Baby, teman umi ya? Baby je kebahagiaan umi dengan babah sekarang..." Sambil Razia berkata, sambil itu air matanya mula menitis.

Seketika, barulah Razia tersedar. Jam di skrin telefonnya ditatap. Lagi setengah jam, akan ada kelas. Razia bangkit dan terus bersiap-siap.

_____•_____

Sampai di hadapan dewan kuliah, Razia terus mengambil kerusi dibahagian belakang. Sempat Razia lalu melintasi Ersyad yang langsung seperti tidak hairan dengan kewujudannya. Ersyad hanya buat-buat sibuk dengan bukunya tanpa sekilas pun dia menjeling Razia.

Razia mengeluh sendiri. Duduk sahaja, beg sandangnya diletakkan di tepi kakinya. Suara-suara halus yang ibarat mencaci dirinya langsung tidak dihiraukan. Dia sudah lali. Makian dan cacian mereka semua bukanlah kali pertama dia terima.

"Eh, korang ada tak tengok video yang viral dalam website kolej kita tu?" tanya salah seorang gadis dari barisan hadapan yang diduduki Razia.

Razia hanya pasang telinga.

"Video yang mana weh?" Kawan di sebelahnya pula sudah terkebil-kebil tidak faham.

"Ala... video yang perempuan murahan tu la. Kau tahu tak dia buat apa dekat Laila semalam?"

"Tak?" Si kawan menggeleng.

"Aku pun tak tahu apa yang jadi. Tapi highlight dalam video tu, perempun murahan tu perginya tampar si Laila tu. Tak puas hati la tu, orang kata dia perempuan murahan. Padahal benda betul. Nak nafi lagi buat apa kan?" Dia ketawa terbahak-bahak kemudiannya.

Mendengarkan itu buatkan Razia mengetap rahangnya. Tangannya menggigil menahan amarah. Mata pula sudah berkaca-kaca. Apa yang mereka nampak hanyalah adengan dia menampar, tapi ada tak mereka tanya, apa yang diperkatakan Laila padanya semalam? Kalau kena pada batang hidung mereka pun, rasanya memang reaksi sama yang ditunjukkan. Malah, mungkin lebih teruk.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now