BAB 28

5.7K 229 16
                                    

Harraz mundar-mandir di hadapan pintu sambil sesekali dia menjeling layar telefonnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harraz mundar-mandir di hadapan pintu sambil sesekali dia menjeling layar telefonnya. Hampir sepuluh minit dia dia begitu, sehinggalah Datin Kalsom dan Elma yang berada dihadapannya mula naik runsing.

"Kamu boleh duduk sekejap tak Harraz. Pening mummy tengok kamu. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir," tegur Datin Kalsom garang.

Harraz mengeluh kasar. Rambutnya ditolak ke belakang.

"Macam mana Harraz nak tenang mummy? Anak Harraz hilang ni. Mariam hilang mummy?! Dari semalam... Tak balik-balik lagi!" Harraz mula naik berang. Pinggang kanannya dicekak. Tangan sebelah lagi pula menggosok rambut hitamnya. Dah serupa orang tak betul dibuatnya.

Datin Kalsom menggeleng kecil. "Ya, tahu risau, tapi tak usahlah sampai macam itu sekali. Dah macam orang gila mummy tengok kamu."

"Kan Harith yang bawa Mariam keluar? You nak risau apa lagi?" Suara Elma menyampuk.

Harraz mengerling isterinya. Kakinya bergerak merapati isterinya yang sedang tenang bersandar di sofa empuk.

"Harith? You percayakan budak tu? You rasa mana dia bawa anak I?" soal Harraz dingin.

Elma angkat bahu. Entah. Bawa la kemana pun. Dia tak kesah. Tak balik terus pun tak apa...

Harraz merengus kasar. Kembali semula dia ke muka pintu. Hampir beratus kali dia menelefon adiknya untuk bertanya dimana keberadaan mereka berdua, tetapi satu hapak panggilan pun tidak dijawab Harith.

Makin bertambah gusar dibuatnya.

"Nanti baliklah tu..." Datin Kalsom cuba menenangkan anak sulungnya.

"Mummy tak risau? Macam mana kalau Harith hantar ke Mariam ke sana semula? Bukan ke itu yang mummy paling takutkan sekali?" sinis Harraz.

Mendengarkan itu buatkan tawa Datin Kalsom pecah. Datin Kalsom tidak terus membalas, sebaliknya dia mula bergerak merapati anak sulungnya itu.

"Mummy yakin Harith tak akan berani buat macam tu. Sebab kalau dia buat, serta-merta janji itu akan terbatal," bisik Datin Kalsom dengan tawa halus. Bahu Harraz ditepuk perlahan, seraya Datin Kalsom mula berlalu pergi dari situ.

Harraz hanya memerhati pemergian Datin Kalsom dengan senyuman tipis. Patutlah mummy nampak tak kesah... Ada udang disebalik batu rupanya...

_____•_____

"Kenapa boleh jadi sampai macam gitu sekali?" soal Haji Taib gusar.

Razia angkat bahunya. Mukanya berkerut tidak tahu mahu buat apa. Harith masih terbaring lemah di atas sofa sambil sibuk dok menggaru seluruh badannya. Boleh dikatakan dah serupa cimpanzi.

Al kisahnya, awal pagi tadi, Harith sudah mengadu yang badannya rasa gatal-gatal. Kulitnya juga tampak kemerah-merahan akibat asyik digaru sahaja.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now