BAB 21

6.3K 296 31
                                    

Dua hari lepas, Razia langsung tidak membuka gerai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua hari lepas, Razia langsung tidak membuka gerai. Hari selepas majlis sukan Aliya tempoh hari, Razia ingat dia mahu merehatkan tubuh badannya terlebih dahulu. Bila rasa badan betul-betul dah okey, barulah Razia buat keputusan untuk membuka gerai semula.

Hari ini, dia terlewat sedikit. Kak Dibah dan Aliya juga masing-masing kelam kabut berangkat ke sekolah. Setelah siap segala persiapan jualan, Razia mengambil tempat di atas kerusi kayu plastik terlebih dahulu. Nafas ditarik dalam-dalam.

Beberapa minit kemudian, anak mata Razia menangkap susuk Harith yang sedang berjalan ke arahnya. Harith yang sudah siapa memakai kemeja biru cair. Lengan bajunya pula disinsing sehingga ke siku. Kaca mata hitam elok terletak di atas batang hidungnya. Gaya macam baru nak masuk pejabat.

Razia terus tegakkan badannya. Seketika, liurnya diteguk. Nak apa Harith datang ke mari? Jangan-jangan pasal 'rundingan' mereka tempoh hari kut ya? Pantas, Razia bangkit dari duduknya.

"Assalamualaikum..." ucap Harith lembut.

"Waalaikumussalam. Abang nak beli nasi lemak ke? Selalunya kawan abang yang datang. Harini tak ada pula dia..." Sempat Razia memerli dihujung ayat.

Harith tergelak kecil. "Kawan abang tu dia dah pencen jadi buaya. Sekarang, abang pula yang ganti tempat dia," jawab Harith dengan sengihan.

Razia sekadar menggeleng. Dia faham, tapi cuba untuk buat tak endah. Risau meletup jantung disitu.

"Abang nak apa?" soal Razia sambil dia mengacah-acah mahu mengambil sesuatu.

"Abang nak tuntut janji kita."

Mendengarkan itu buatkan tubuh Razia terus mengeras. Janji? Ah, dah agak dah yang mana...

"Janji? Janji yang mana satu?" soal Razia pura-pura tidak mengerti.

Harith mencebirkan bibirnya. "Razia jangan cakap Razia dah lupa. Tak sampai tiga hari Razia. Tak baik mungkir janji tau, Allah marah—" Setelah menututkan itu, Harith buat muka merajuk.

"Tapi abang dulu pun pernah mungkir janji dengan Razia. Kira sama la kita. Kosong-kosong," bidas Razia selamba.

Gamam sekejap Harith mendengar jawapan dari Razia tadi. Fuh, dia ulti kita terus!

"Ya, abang sedar salah abang. Sebab itulah abang datang nak lunaskan janji abang pada Razia. Razia pun kenalah langsaikan hutang Razia pada abang. Barulah kita kosong-kosong."

"Okey... Abang nak Razia buat apa?" Akhirnya, Razia terlebih dahulu yang mengangkat bendera putih. Malas mahu berdebat lagi, sebab dia tahu dia pasti akan kalah.

"Keluar dengan abang. Boleh?" pinta Harith lembut.

Razia masih lagi menundukkan wajahnya. Hatinya meronta-ronta mahu katakan ya, tapi ada sesuatu yang merunsingkannya. Persoalannya, Kak Dibah bagi ke? Itu masalah utama Razia sekarang.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now