BAB 26

5.6K 251 8
                                    

Lampu hijau dari Kak Dibah sudah dapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lampu hijau dari Kak Dibah sudah dapat. Sekarang, cuma mahu menunggu Harith datang menjemputnya. Sebenarnya, Razia belum sempat memberitahu apa-apa lagi pada Kak Dibah. Tapi yang anehnya, Kak Dibah sudah mendapat maklumat ini lebih awal dari Razia sendiri. Tak lain tak bukan, Harith lah penyampainya.

Pandai dia buat kerja ya... Guna cable!

Kalini, Razia malas nak pakai baju kurung lagi. Sebaliknya, dia hanya mengenakan kemeja putih dan dikenakan dengan jeans biru muda. Tudung pula, shawl chiffon hitam. Simple but nice!

Hampir lima minit menunggu, barulah nampak kelibat kereta Lexus ES 350, milik Harith. Seperti biasanya, Harith akan keluar untuk membuka pintu untuk Razia. Bagi Razia tak perlu pun semua itu. Tangannya masih cukup. Boleh buka sendiri.

"Terima kasih—" ucap Razia sebelum dia terus masuk ke dalam perut kereta Harith.

"Kak Noor!" jerit Mariam yang berada di kerusi belakang.

Razia tersentak. Pantas dia berpaling dan menoleh ke belakang. Dan apa yang Razia lihat, buatkan bebola matanya meluas seakan tidak percaya.

"Mariam? Mariam pun ada?" soal Razia teruja.

Harith hanya memerhati mereka berdua dengan senyuman tipis.

"Haah, pak ngah yang ajak Mayam ikut sekali," balas Mariam ceria.

Razia menoleh ke arah Harith disebelah. "Abang nak bawa Razia kemana?" soalnya hairan. Dalam surat yang diberikan Harith semalam juga tiada menyatakan kemana mereka akan pergi.

Harith senyap untuk beberapa saat. Bibirnya terukir satu senyuman tipis. "Nanti Razia akan tahu sendiri..." balasnya ringkas.

_____•_____

Datin Kalsom melangkah ke dapur. Sesampai sahaja di dapur, nampak susuk Elma yang sedang membancuh teh panas. Tanpa membuang masa, Datin Kalsom bergerak menghampiri menantunya. Bahu Elma disentuh lembut.

"Elma buat apa tu? Bahayalah... Meh sini,  mummy tolong sambungkan," pelawa Datin Kalsom lembut. Bukan apa, dia cuma risau dengan kandungan Elma. Takut ada benda yang tak diingini berlaku pula. Sudahlah itu cucu pertama dari Elma.

Elma sedikit terkejut dengan kehadiran Datin Kalsom. Terlalu leka sampai tak sedar bila masa mummynya sampai. Elma berpaling kemudian menggeleng kecil.

"Tak apalah mummy, Elma boleh buat lagi. Lagipun, dah nak siap dah ni," tolak Elma sopan. Benar katanya, setelah mengacau sedikit airnya, akhirnya siap untuk diminum.

Datin Kalsom hanya mengangguk faham. Kemudian, dia berlalu ke arah kabinet dan mengambil satu kelas kaca bersih. Kemudian, gelas tadi diletakkan di bawah pili air Coway. Sambil-sambil mahu menunggu air itu penuh, Datin Kalsom menoleh ke arah menantunya.

"Mariam mana? Sunyi aje rumah... Tak bangkit tidur lagi ke?" soal Datin Kalsom sambil dia menghirup sedikit air di dalam gelas itu.

Elma angkat bahu. "Tak tahulah mummy. Elma pun baru aje bangkit tidur ni. Mungkin Mariam tidur lagi kat atas. Lagipun, harini kan cuti sekolah," kata Elma sekadar serkap jarang.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now