EPILOG

12K 336 37
                                    

Tiga tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga tahun kemudian...

Keadaan di luar kawasan dewan, berderak dengan kunjungan orang ramai. Yang pastinya adalah keluarga rapat dari setiap graduan yang berada disini. Disetiap penjuru, penuh dengan orang-orang yang menjual jambakan bunga untuk dihadiahkan kepada graduan sebagai tanda penghargaan.

Di sudut lain, di dalam dewan konvokasyen yang megah, suasana penuh dengan kegembiraan dan semangat kejayaan yang terlakar indah. Graduan mula berkumpul dengan bangga, memakai jubah universiti mereka, sambil kelihatan ceria dan bersemangat.

Sorakan dan tepuk tangan menggema setiap kali nama graduan diumumkan, mencipta satu suasana yang penuh kebanggaan dan keharuan. Panggung utama menjadi pusat perhatian, diterangi oleh cahaya sorotan, memancarkan aura kemegahan semasa majlis konvokasyen berlangsung.

Hampir beberapa jam majlis berlangsung, akhirnya majlis sudah sampai di penghujungnya. Kesemua para graduan sudah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Dari jauh, kornea mata Razia sudah dapat menangkap susuk ahli keluarganya. Kak Dibah sekeluarga sudah melambai-lambaikan tangan mereka ke arah Razia. Razia orak senyum seraya kaki terus diatur ke arah mereka dengan hati yang senang.

"Tahniah Noor! Akak bangga sangat-sangat dengan kau. Setelah apa yang kau lalui, akhirnya kau graduate jugak. Akak tumpang gembira untuk kau Noor." Tubuh Razia dipeluk dengan erat. Menitis juga air mata Kak Dibah. Tangisan terharu.

"Untuk Kak Noor!" Aliya mula menghulurkan sejambak coklat dengan pelbagai jenama di dalamnya ke arah Razia. Dengan senyuman lebar, Razia terus menyambut.

"Terima kasih Aliya." Pipi Aliya dicubit manja.

Aliya ketawa kecil.

"Tahniah Razia... Mummy bangga sangat-sangat dengan menantu mummy ni." Pipi Razia diusap lembut.

Razia senyum tipis. Tubuh Datin Kalsom terus dipeluk seerat-eratnya. "Terima kasih mummy... Terima kasih sebab sebab dah jadi kuatkan Razia. Kalau mummy tak ada, Razia tak tahu apa akan jadi pada Razia." ucap Razia dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

"Shh... Jangan menangis sayang. Yang lepas biarlah lepas. Sekarang, Razia dah nampak bahagia. Mummy bangga sangat-sangat." Sekali lagi, Datin Kalsom mencium pipi kanan Razia.

"Razia..."

Kesemua mereka terus berpaling ke arah suara itu. Mata Razia terbuntang tatkala melihat gerangan itu. Perlahan-lahan, Razia mendekati susuk itu dengan air mata yang mula mengalir.

"Pia?"

"Tahniah Razia!" Tubuh Razia terus dipeluk Pia. "Aku datang dari Kuantan semata-mata nak tengok kau konvo tahu tak?" gurau Pia sambil dia ketawa halus.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now