BAB 35

6.3K 244 12
                                    

Awal pagi lagi, Razia sudah menyibukkan diri di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awal pagi lagi, Razia sudah menyibukkan diri di dapur. Hari ini dia tidak buka gerai. Walaupun kesihatan badannya sudah semakin membaik, tetapi Razia sudah menyuruh Harith supaya memberitahu Kak Dibah yang dia tak lalu mahu keluar berniaga.

Dan Kak Dibah juga sangat memahami. Katanya kalau tak larat, jangan dipaksa. Dan harini barulah Razia ada masa mahu mengemas sedikit rumah. Banyak juga yang harus dibuat.

Razia sedang memasak sarapan untuk Harith. Lepas subuh tadi, Harith sambung melelapkan matanya. Katanya terlampau mengantuk dek kerana tidur lewat semalam. Semuanya gara-gara menjaga isterinya semalaman. Entah kenapa, tengah malam semalam, perut Razia, tiba-tiba meragam sehingga memuntahkan segala isi makanannya.

Dan Harith sendiri yang beria mahu bersengkang mata untuk menjaga Razia. Dan awal pagi ini, dia sendiri tewas dengan rasa kantuknya. Razia hanya membiarkan Harith berehat di atas. Tak sampai hati mahu menganggu tidur suaminya.

Serbasalah juga dia. Kalau bukan kerana dia, tak adalah Harith penat sampai begitu sekali. Setelah siap, Razia meletakkan beberapa keping roti yang sudah disapu jam di atas pinggan. Segelas susu juga dibawa sekali naik ke atas.

Beberapa hari lepas, Harith sudah menjaga makan minumnya. Tak salah Razia pula mahu membalas.

Razia menolak pintu bilik dengan perlahan-lahan. Kaki dibawa ke dalam dan dengan berhati-hati, Razia meletakkan makanan tadi diatas meja kecil disisi katil. Punggung dilabuhkan disisi suaminya yang masih nyenyak tidur.

Razia berbolak-balik. Nak kejut ke tidak? Kalau kejut kasihan pula, tapi kalau tak kejut nanti, siapa mahu makan? Dan akhirnya, Razia mengambil keputusan untuk mengejut sahaja.

"Abang..." Tubuh Harith digoncang lembut.

Hanya dengan sekali panggilan sahaja, Harith mula mencelikkan matanya. "Sayang—" Harith bangun dan bersandar di kepala katil. Matanya digosok perlahan-lahan. Razia hanya memerhati keadaan suaminya dengan rasa serbasalah. Nampaklah mata suaminya sembab seperti orang tidak cukup tidur.

Tangan Harith digenggam perlahan. "Razia minta maaf kalau Razia banyak susahkan abang..." ucap Razia dengan rasa serbasalah.

Kening lebat Harith bertaut. Pipi Razia diusap lembut. "Apa maksud Razia? Susahkan dari segi apa tu sayang? Kalau pasal semalam, abang ikhlas nak tolong. Takkan la abang nak tengok isteri abang sengsara seorang diri? Abang tak sekejam itu yang."

"Tapi abang pun perlukan rehat yang cukup. Disebabkan Razia, abang kena bersengkang mata semalaman," ujar Razia lagi.

"Sebab itulah abang ambil cuti harini. Kita boleh berehat sama-sama," balas Harith dengan senyuman. Kening lebatnya dijongketkan beberapa kali.

Razia hanya mengangguk akur. "Razia tak tahu nak balas kebaikan abang macam mana, tapi Razia dah buatkan sarapan untuk abang. Harap abang suka." Pinggan yang diletakkan di atas meja tadi dicapai.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now