BAB 02 (edited)

10.8K 363 24
                                    

"Selamat pagi umi," ucap Razia ceria

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat pagi umi," ucap Razia ceria.

Hajah Faiza yang sedang menyiapkan sarapan dengan pembantunya senyum segaris.

"Adik-adik yang lain mana? Dah bangun?" soal Hajah Faiza. Memang pada Razia sajalah dia boleh meminta bantuan, memandangkan Razia antara yang paling tua disini. Razia berumur 17 tahun manakala yang lainnya, ada yang berusia dari darjah satu hingga enam. Dua orang empat tahun, dan tiga orang enam tahun.

Jumlah anak-anak di Rumah Jagaan Bakti ini sebanyak 43 orang. Termasuk lelaki dan perempuan.

"Dah umi. Razia dah suruh dia orang duduk di ruang makan," terang Razia.

Hajah Faiza mengangguk faham. "Razia, petang ni, ada tetamu dari bandar nak melawat Rumah Jagaan kita. Umi nak Razia tolong tengok-tengokkan adik-adik tau. Jangan bagi dia orang nakal-nakal. Nanti apa pula tetamu tu fikir," pesan Hajah Faiza lembut.

"Ramai ke umi tetamu tu?" soal Razia sekadar ingin tahu.

"Tak adalah ramai sangat. Satu keluarga aje. Katanya, dia orang nak bagi sumbangan sikit untuk Pusat Jagaan kita."

Sekali lagi Razia mengangguk. Hati kecilnya sudah berfikir, mesti keluarga itu adalah dari golongan yang berada. Iyalah, jarang ada pihak yang nak bagi sumbangan untuk Pusat Jagaan ini.

"Ni, tolong Mak Teh bawa sarapan ni ke hadapan," arah Hajah Faiza.

Razia terus bangun membantu. Dulang yang berisi pinggan kuih-muih itu langsung dibawa ke hadapan. Dari dapur lagi, sudah kedengaran kekecohan dari hadapan. Mungkin semuanya sudah lapar. Minta diisi perut.

"Yeay, nyam, nyam!" Bahiyah bersorak. Dan yang lain terus tergelak.

Razia meletakkan dulang tersebut dengan penuh berhati-hati. Memandangkan hari ini adalah hujung minggu, jadi semuanya jadi bersemangat sikit. Selalunya kalau hari sekolah tu, memang lepu aje muka masing-masing.

Bahagian perempuan dan lelaki sudah diasingkan Hajah Faiza siap-siap. Lelaki ada bahagiannya, manakala perempuan ada bahagiannya.

Razia mengambil sebiji karipap lalu dibawa dirinya ke arah satu meja kayu disitu. Memandangkan semua disitu, adalah kanak-kanak ribena, jadi Razia rasa agak terpinggir. Dia seorang sahaja yang tiada teman berbual. Kalau ada masa, memang dia akan berbual dengan Mirza dan Malik. Memandangkan mereka bertiga sebaya.

Selang beberapa saat, Mirza datang dengan membawa sepinggan kuih muih. Pinggan tadi diletakkan di hadapan Razia. Razia mendongak dengan wajah yang sudah berkerut seribu.

"Makanlah lagi, satu mana cukup," ujar Mirza dengan senyuman tipis.

Razia sekadar senyum. Tahu-tahu aje dia ni. Sebiji lagi karipap dicapai lalu disua ke dalam mulutnya.

"Malik mana?" soal Razia sebaik sahaja sisa karipap tadi ditelan.

"Tu, tengah berebut air dengan budak-budak tu." Mulut dicuihkan ke arah Malik yang nampaknya sedang bergelut di tengah-tengah sekumpulan lelaki. Nampak payahnya tu...

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now