BAB 14

5.9K 303 20
                                    

Dedaun pintu rumah ditolak Harith perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dedaun pintu rumah ditolak Harith perlahan. Langkah sahaja masuk, keadaan rumahnya sunyi sepi. Harith toleh kiri dan kanan. Mencari bayang seseorang. Kaki menuju ke arah tingkat atas. Sampai sahaja, tombol pintu dipulas perlahan-lahan.

"Mariam?" seru Harith perlahan.

"Pak ngah!" jerit Mariam. Terus Mariam berlari mendapatkan Harith di muka pintu. Tubuh tegap Harith dipeluk seerat-eratnya.

Harith sedikit tersentak. Rambut lurus Mariam diusap perlahan. "Hei, kenapa ni?" soal Harith gusar.

"Papa jahat..." adu Mariam dengan tangisan yang semakin galak.

Kening Harith bertaut. "Papa? Papa buat apa dengan Mariam? Cerita dengan pak ngah." Tangan Mariam ditarik lalu didudukkan di atas katil. Kemudian, Harith menghenyak punggung disisi Mariam.

"Papa jahat... Papa marah Mayam. Mayam benci papa—" luah Mariam dengan sedu-sedannya.

"Kenapa Mariam boleh cakap papa jahat? Mariam ada buat papa marah ke?" siasat Harith.

Mariam menggeleng laju. Menidakkan pertuduhan Harith tadi. "Mayam tak buat papa marah. Mayam cuma minta papa ajarkan Mayam buat homework. Lepastu, papa marah-marah Mayam. Mayam sedih pak ngah..." adu Mariam sebak.

Harith melepaskan satu keluhan berat. Wajah Mariam dilekapkan dengan dua telapak tangannya.

"Mariam dengar cakap pak ngah ni. Papa tak jahat Mariam. Papa tak sengaja nak marah Mariam tu. Mungkin papa penat baru balik kerja? Mariam kenalah faham keadaan papa," pesan Harith lembut.

"Tapi papa tak pernah faham keadaan Mayam. Papa selalu tengking-tengking Mayam. Mayam cuma minta papa ajarkan kerja sekolah aje. Tapi, papa taknak tolong Mayam."

Harith mengeluh sendiri. "Tak apa. Pak Ngah boleh tolong ajarkan Mariam buat kerja sekolah. Mana? Bawa sini, pak ngah nak tengok," arah Harith.

Mata Mariam sedikit meluas. Teruja. "Betul ke pak ngah boleh tolong ajarkan Mayam?" soal Mariam mahu mendapatkan kepastian.

Harith mengangguk sekali. "Betul sayang—"

Pantas Mariam turun dari birai katil dan terus berlari ke arah beg sekolahnya. Satu buku latihan nipis bewarna biru cair dicapai lalu diserahkan pada Harith.

"Tapi ini subjek English. Pak ngah reti ke?"

Soalan dari Mariam buatkan ketawa tipis terlepas dari ulas bibir Harith. "Hei, tengok orang la. Pak ngah dulu belajar sampai ke luar negara tau," balas Harith dengan bangganya. Sambil-sambil itu, buku latihan Mariam tadi dibelek-belek. Tangannya automatik terhenti pada muka surat yang masih kosong tanpa jawapan.

Question 1 : "Write a short essay about yourself."

Answer : I don no.

Tercengang Harith membaca jawapan ringkas daripada Mariam. Automatik kepalanya digeleng kecil.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now