BAB 54

4.8K 200 2
                                    

Pia hanya memerhati gerak geri Razia yang sedang menyusun barangnya dengan renungan mendung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pia hanya memerhati gerak geri Razia yang sedang menyusun barangnya dengan renungan mendung. Hari sabtu merupakan hari cuti. Jadi untuk para pelajar yang rumahnya dekat, bolehlah balik. Untuk pelajar yang duduk di celah alam seperti Pia alamatnya memang tidak la nak balik.

"Razia... Janganlah balik. Bosanlah aku kat sini, kau tak ada." Pia muncungkan bibirnya.

Rayuan dari sahabatnya, buatkan Razia jadi serbasalah. Kasihan juga dia pada Pia, tapi dia sudah berjanji dengan Harith yang dia akan pulang harini. Harith juga sudah beritahu yang dia sudah tunggu dihadapan pintu pagar.

Razia jadi berbelah-bahagi. Kemudian, dia bangun dari duduknya dan duduk disisi Pia.

"Ala, aku balik sehari aje. Aku dah janji dengan keluarga aku Pia. Nanti, kalau aku balik sini, aku belikan kau apa-apa." Cubaan memujuk.

Pia sekadar senyum tipis.

"Bestkan rumah dekat... Aku ni nak balik Kuantan tu pun dah makan masa berejam-jam." Pia mengeluh dihujung ayat.

"Lagi berapa minggu nanti cuti panjang. Bolehkan kau balik." Bahu Pia ditepuk sekali sebelum Razia kembali menyusun barangnya. Tak banyak yang dia bawa balik. Cuma baju kotor dan barang-barang yang langsung tidak pernah digunakan. Harith la ni, semua benda nak disumbatnya dalam beg.

"Kau balik rumah parents kau la ni?" soal Pia.

Razia senyum kelat.

"Parents aku dua-dua dah meninggal Pia."

Pia tersentak. Pantas dia bangun dari duduknya dan tangan Razia dicapai. "Sorry Razia, sumpah aku tak tahu..." ucap Pia serbasalah.

Razia senyum tipis.

"Tak apalah... Aku dah biasa. Ni, aku kena gerak dulu. Kau duduk dalam bilik hati-hati. Kalau ada apa-apa call aku," pesan Razia.

Pia sekadar mengangguk.

_____•_____

Nampak sahaja bayang kereta Harith, Razia terus berlari-lari anak ke arah suaminya. "Abang!" Razia melambaikan tangannya dengan senyuman mekar yang sudah terukir di bibirnya. Rindunya!

Harith berpaling. Sesaat kemudian, Harith senyum lebar.

"Sayang..."

Sampai sahaja, tubuh tegap suaminya terus dipeluk seerat-eratnya. Wajahnya disembamkan di atas dada bidang suaminya. "Rindunya." Razia mendongak sedikit. Harith tergelak kecil. Tudung kepala isterinya digosok lembut sebelum dia mengucup perlahan dahi Razia.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now