BAB 52

4.6K 184 5
                                    

Esoknya, Razia sudah boleh masuk ke kelas seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Esoknya, Razia sudah boleh masuk ke kelas seperti biasa. Selesai sahaja, orientasi semalam, semuanya kembali seperti sediakala. Jadual kelas sudah mulai dikeluarkan dan carta kedudukan kelas juga sudah disebarkan.

Awal pagi lagi, Razia sudah bersiap dengan hanya memakai baju kurung cotton bercorok bunga dan dikenakan dengan tudung bawal hitam. Sementara menunggu Pia bersiap, Razia bermain dengan telefon pintarnya sebentar. Semalam, dia dan Harith berbual panjang dalam panggilan video hampir beberapa jam. Sehinggalah, Razia sendiri yang terlelap pada akhirnya.

"Razia jom! Nanti lewat." Pia sudah bangkit dari meja belajarnya. Beg sandangnya turut digalas di atas bahu.

Razia senyum segaris sebelum dia juga bangun dari duduknya. Mujur Pia dan Razia ditempatkan di dalam satu kelas. Tak adalah Razia terkial-kial disana nanti.

"Aku takutlah kalau lecturer dekat sini garang-garang," ujar Razia sambil mereka berdua sudah mulai melepasi pintu bilik. Pia kerling Razia sekilas sambil dia mula mengunci pintu bilik mereka.

"Normal la macam tu. Kalau cikgu dekat sekolah pun dah garang, gamaknya lecturer dekat sini mahu berganda-ganda lagi garangnya."

"Kau ni Pia, janganlah takutkan aku," cebik Razia.

Pia hamburkan tawa disitu.

"Kau nak takut apa Razia? Ala rileks la... Aku ni pun sama aje macam kau. Datang sini nak belajar. Garang ke tak itu belakang cerita," balas Pia lagi.

Razia hanya mengangguk setuju.

"Semalam, aku terdengar kau tengah on call dengan someone ni sampai pukul satu pagi lebih. Siapa tu? Boyfriend ke?" usik Pia sambil dia menguis lengan Razia sekali.

Razia terpempan. Wajah Pia disisi dipandang sekali. Alamak! Kantoi dah ke?

"Aku call kakak aku," bohong Razia. Awalnya, dia dan Harith sudah berbincang yang Razia tak perlu pun mengaku yang dia sudah berkahwin. Bukan apa, cuma takut persepsi masyarakat kepadanya mula berubah. Disebabkan itulah, Harith pesan pada Razia, supaya rahsiakan saja perkahwinan mereka.

"Ohh kakak... Aku ingat teman lelaki. Iyalah, sebab selalunya yang on call sampai dua tiga pagi ni, semuanya bergayut dengan boyfriend aje. Tapi rapat juga kau dengan kakak kau ya?" soal Pia.

Razia ketawa hambar.

"Bolehlah..."

_____•_____

"So, kalau tak ada apa-apa lagi, that's all for today class. You may dismiss." Suara Sir Faiz mula kedengaran. Dapat sahaja kebenaran, para pelajar yang lainnya sudah berpusu-pusu mengemas barang kepunyaaan mereka dan nampak tidak menyabar mahu keluar dari dewan kuliah.

Razia dan Pia masih statik di tempat masing-masing. Buat apa nak cepat-cepat, nanti keluar juga.

"Razia jom pergi makan dekat kafe lepas ni. Laparlah," ajak Pia sambil dia mengusap perutnya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now