BAB 47

5.4K 198 9
                                    

Setelah makan malam di sebuah Restoren berdekatan dengan tempat penginapan mereka, Harith dan Razia kembali semula ke dalam bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah makan malam di sebuah Restoren berdekatan dengan tempat penginapan mereka, Harith dan Razia kembali semula ke dalam bilik. Jam ditangan, dikerling Harith sekilas. Baru pukul sepuluh malam. Nak tidur pun macam awal lagi. Membazir pula bayar mahal-mahal, tapi tidur awal.

"Sayang, jom kita duduk luar sekejap. Ambil angin," ajak Harith.

Razia yang baru sahaja tanggal tudungnya terus terhenti. Isy, kenapa tak ajak awal-awal tadi. Tudung yang tadinya dipakai disarung semula. Walaupun sudah malam, tapi dia tetap risau kalau-kalau ada yang ternampak auratnya.

Razia membuntuti Harith keluar balkoni. Mereka sama-sama melabuhkan duduk. Keadaan bertukar sunyi buat beberapa saat. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Beberapa minit kemudian, Razia memecahkan kesunyian.

"Razia suka dengan alam. Rasa tenang aje... Dulu kalau Razia nak meluah, Razia tak meluah pada manusia, tapi sebaliknya Razia meluah pada alam. Sebab tu, masa dekat Rumah Jagaan Bakti, Razia selalu pergi ke tasik," cerita Razia.

Harith hanya setia mendengar.

"Kenapa alam tak boleh membalas? Kan best kalau dia boleh balas apa yang kita luahkan. Mesti setiap kata-kata yang diluhkan itu boleh buatkan kita rasa tenang dan damai. Tak macam manusia. Kadang kata-kata manusia tu yang boleh buatkan semangat kita patah. Kata-kata manusia tu lagi pedih daripada ditusuk pisau—" Mengingatkan kata-kata Mak Long yang pernah dihamburkan padanya dulu, buatkan kolam mata Razia bertakung dengan air mata.

"Sayang tahu kenapa hati kita rasa tenang aje bila tengok alam?" soal Harith sambil dia mengerling Razia disisi.

Razia geleng kepala tanda tidak tahu.

"Dalam surah Al-Isra ayat 44, Allah ada jawab soalan ini, 'Langit yang tujuh dan bumi serta
sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya, Allah adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun."

"Jadinya nak disimpulkan dekat sini, kenapa kita selalu rasa tenang bila tengok alam adalah kerana, alam dan segala makhluk-Nya sentiasa bertasbih kepada Allah, jadi bila kita bersama dengan makhluk yang sentiasa bertasbih, sebab itu la hati kita pun akan tenang," sambung Harith lagi.

Razia hanya mengangguk faham.

"Same goes to you, abang pun suka meluah pada alam. Abang pernah bagitahu Razia kan, yang dulu abang tak pernah ada kawan. Bila dah tak ada kawan ni, kita kemana-mana pun sendiri. Rehat sendiri, pergi kelas sendiri, main sendiri. Gamaknya, kalau kita hilang pun orang tak akan sedar—"

Razia memandang suaminya dengan perasaan sebak. "Habistu, macam mana abang hidup dekat sekolah dulu? Razia kalau orang dah palau sikit pun, Razia akan menangis macam orang gila. Razia tak boleh hidup sendirian..." ujar Razia.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now