BAB 13

6.5K 286 15
                                    

"Harith!" jerit Faris cemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Harith!" jerit Faris cemas. Terus dia berlari mendapatkan Harith yang baru sahaja keluar dari perut lif. Lengan Harith ditarik lalu seluruh tubuh badan lelaki itu ditilik Faris.

"Kau okey tak? Buat risau aku la. Tiba-tiba aje hilang dari situ. Telefon pula tak berangkat. Hish!" bentak Faris tak puas hati. Dah separa gila dia mencari Harith. Kehulur kehilir. 88 tingkat disini, boleh dikatakan, semua tingkat dia pergi mencari. Punyalah risau.

Harith melepaskan satu keluhan. "Aku okey. Tak mati lagi," balasnya acuh tak acuh. Faris ni punya tahap kerisauan mengalahkan mak-mak hilang anak.

"Tak mati, tak mati... Eh, kalau kau betul-betul mati dalam lif tu macam mana? Kau kena bersykur sebab aku yang minta orang dengan dia orang. Kata ada manusia terperangkap dalam lif."

"Sekejap, macam mana kau boleh tahu?"

"Aku ni pro—" jawab Faris sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.

Disudut lain, Malik dan Mirza juga pantas mendapatkan Razia. Selepas Razia keluar mereka terus tarik Razia beredar dari situ. Sebab mereka tahu yang Razia tak sukakan perhatian. Lagi-lagi bila ada ramai hadirin dan hadirat sudah berkumpul disitu.

"Razia kau okey? Aku risau dengan kau. Merata aku dengan Malik cari kau," kata Mirza cemas. Wajah Razia yang tampak pucat lesi dipandang dengan pandangan redup.

Razia mengangguk kecil. Sempat dia menoleh kebelakang untuk melihat Harith. Namun, lelaki itu masih rancak berbual dengan seorang lelaki. Tanpa sedar, Razia mengeluh sendiri. Pandangan dikalihkan semula ke arah dua kawan baiknya dihadapan.

"Maaf, sebab dah susahkan korang. Maaf juga sebab pergi tanpa pengetahuan korang," ucap Razia serbasalah. Mahu pergi ke surau tadi pun dia tidak memaklumkan langsung pada Malik dan Mirza. Taknak menyusahkan katanya. Alih-alih, lain pula yang jadi.

"Rasa nak luluh jantung aku ni bila dapat tahu kau hilang. Dah la tak boleh nak kontak kau langsung. Jangan buat lagi macam ni Razia. Kalau Kak Dibah tahu, masak kita orang berdua kena ganyang dengan dia," kata Malik pula.

"Jangan bagitahu Kak Dibah tentang benda ni tau? Aku taknak nanti, Kak Dibah dah tak percayakan aku untuk keluar seorang," pesan Razia.

Mirza dan Malik pandang sesama sendiri sebelum mereka mengangguk kecil.

"Dahlah, jom kita balik. Kau mesti penat kan? Aku hantarkan kau balik," kata Mirza lembut.

Sekali lagi, Razia mengangguk dan mereka terus melangkah pergi dari kawasan.

"Tadi aku macam ternampak ada seorang perempuan keluar dari lif sama dengan kau? Tapi mukanya tak berapa nak jelas. Mana dia pergi?" soal Faris hairan. Hai... tak akan ada hantu tengahari rembang macam ni?

Mendengarkan itu, buatkan Harith juga turut mencari sama. Mana Razia pergi? Tak sempat dia nak kata apa-apa, terus hilang bayangnya. Aneh. Pandangan dihalakan semula pada Faris.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now