BAB 57

4.5K 193 9
                                    

"Betul ke ni, kau boleh duduk dalam bilik sorang-sorang? Kalau tak okey, aku boleh temankan kau Razia?" soal Pia gusar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Betul ke ni, kau boleh duduk dalam bilik sorang-sorang? Kalau tak okey, aku boleh temankan kau Razia?" soal Pia gusar. Kisahnya, semalam, Razia mengadu yang badannya tak berapa nak sedap dan perutnya juga terasa sakit. Razia juga langsung tidak memaklumkan pada Harith. Tak mahu suaminya terlampau risau.

Jadi, hari ini, dia ingat mahu ambil cuti, dan berehat sahaja di dalam bilik. Ubat-ubatan yang disediakan suaminya tempoh hari, alhamdulillah cukup semuanya.

"Tak apa Pia. Aku boleh duduk sorang-sorang. Nanti jangan lupa bagitahu dengan Madam pasal aku tau," pesan Razia.

"Ni ubat ada tak? Kalau tak ada aku boleh tolong belikan dekat farmasi," soal Pia lagi.

"Ada. Segala jenis ubat aku ada. Kau jangan risau. Daripada kau membebel-bebel, baik kau gerak sekarang Pia. Tak pasal-pasal lambat masuk kelas Madam nanti."

Pia mengangguk sambil dia mengikat tali kasutnya. Beberapa saat kemudian, Pia bangun dari cangkungannya. "Nanti sebelum balik, aku singgah kafe beli makanan untuk kau..." Bahu Razia ditepuk sekali.

"Thanks Pia!" Razia senyum lebar. Dapat kawan baik juga satu nikmat kesyukuran yang tidak terhingga.

"Aku gerak dulu Razia. Makan ubat tu, jangan lupa." Garang Pia memesan.

"Iya..."

Setelah bertukar sedikit soalan, Pia mula mengatur langkah meninggalkan Razia sendirian. Razia pandang bayang Pia sehinggalah bayang itu hilang disebalik mata. Setelah itu, barulah dia tutup pintu kembali.

_____•_____

Beg sandang yang tersangkut dibahunya diletakkan di atas kerusi kosong disebelahnya sebelum Pia terus melabuhkan duduknya. Bosan juga Razia tiada. Tak ada kawan dia nak bersembang dan bergosip disini. Memandangkan kawan-kawan yang lain semuanya sudah ada circle masing-masing.

Pia menongkat dagunya sementara menunggu ketibaan pensyarah. Dalam dia termenung, susuk seseorang dengan tidak tahu malunya menghenyak punggung disebelah kanannya.

Pia tersentak dan pantas dia menoleh untuk melihat gerangan itu. Ersyad disisi senyum tak bersalah.

"Hai..." Ersyad menegur dengan ramah.

Melihat Ersyad yang menegurnya tanpa rasa serbasalah, buatkan Pia menolak bebola matanya ke atas. Setelah apa yang terjadi semalam, macam gitu aje dia tegur?

"Hai. Advance answer, Razia tak datang kelas. Dia kata dia sakit, jadi dia ambil cuti harini. Kalau kau tegur aku semata-mata nak cari mana Razia, then clearly, that's the answers," ujar Pia penuh sinis.

Ersyad terkedu.

"Pia... Kau marahkan aku lagi pasal semalam ke?"

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now