BAB 41

5.3K 211 0
                                    

Penyapu dan penyodok dicapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penyapu dan penyodok dicapai. Razia terus membawa dua barang itu ke arah anak tangga. Sepihan kaca daripada pasu yang pecah semalam dikutip satu persatu dan diletakkan dengan penuh berhati-hati ke dalam penyodok. Kemudian, segala tanah-tanah yang bertaburan turut disapu Razia sehingga bersih.

Semalam, entah pukul berapa baru ada bekalan elektrik semula. Awal pagi tadi, memang Harith kelam-kabut bersiap mahu ke tempat kerja. Razia sudah berkali-kali pesan pada suaminya supaya ambil cuti sahaja harini, tetapi Harith masih berkeras mahu ke pejabat. Katanya, masih banyak kerja yang masih belum diselesaikan disana.

Razia kembali ke dapur semula. Segala sampah-sampah tadi dibuang ke dalam tong sampah. Tangannya dicuci sekilas, sebelum Razia kembali ke arah ruang tamu. Hari ini dia boleh berehat semula. Setelah sekian lama tidak berhenti berniaga.

Sedang Razia asyik menonton televisyen, loceng rumahnya berdering beberapa kali. Razia menoleh ke arah muka pintu dengan dahi yang sedikit berkerut. Siapa yang datang waktu-waktu sebegini? Tudung sarung ditepi dicapai, dan terus disarungkan dikepalanya.

Razia bingkas bangun dari duduknya, dan terus menuju ke arah muka pintu. Tombol pintu dipulas. Buka sahaja wajah seorang lelaki yang berpakaian serba merah putih menerpa kornea matanya.

Posmen.

"Noor Raziasyah?" tanya posmen itu mahu dapatkan kepastian.

Razia terus mengangguk. "Ya saya."

"Ada surat untuk cik," beritahu posmen itu lagi. Satu sampul surat bewarna putih dihulurkan kepada Razia.

Dalam kelu, Razia masih menyambut. "Terima kasih..."

Posmen itu angguk sekali, sebelum dia terus berlalu pergi dari kawasan. Razia tutup kembali dedaun pintu. Sampul surat tadi dibawa ke arah sofa. Duduk dilabuhkan semula. Surat yang terkejap di tangannya, ditenung lama. Tanpa membuang masa, Razia terus mengeluarkan isi dalam surat yang dilampirkan.

Buka sahaja, matanya terpaku kepada ayat yang berbunyi...

TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF AMBILAN JULAI.

Perlahan-lahan, air mata kesyukuran menitis dari tubir matanya. Tangan yang memegang surat tadi terus menggigil hebat. Air matanya semakin galak jatuh. Seketika, Razia membawa surat itu kewajahnya, lalu dikucup berkali-kali kertas itu.

"Terima kasih Ya Allah..." ucap Razia sebak. Air matanya dikesat berkali-kali. Terlalu gembira sampai Razia tidak tahu hendak buat apa sekarang. Patutkah dia beritahu Harith tentang berita gembira ini sekarang, atau surprisekan Harith bila dia balik nanti? Tapi Razia mahu suaminya menjadi orang pertama yang tahu tentang berita ini.

Setelah fikir dan fikir, Razia mengambil keputusan untuk memberitahu dua sahabat baiknya dahulu. Malik dan Mirza. Untuk suaminya pula, dia akan berikan kejutan lain. Telefon bimbit yang berada di atas meja kopi dicapai lalu nombor Malik didail tanpa berfikir panjang.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now