BAB 45

5.7K 207 3
                                    

Tiga hari kemudian, Harith sudah mengambil cuti kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga hari kemudian, Harith sudah mengambil cuti kerja. Dan di kesempatan itulah, dia akan membawa isterinya untuk pergi berbulan madu, kerana pada minggu hadapan, Razia sudah diarahkan untuk mendaftar masuk kolej.

Destinasi bulan madu yang dipilih Harith sendiri adalah Mabul Water Bungalows di terletak di Sabah. Memang dia sengaja mengambil kesempatan ini untuk membawa isterinya jauh dari segala masyarakat dan kesibukan di kota Kuala Lumpur.

Tapi sebelum mereka bergerak ke KLIA, mereka sudah berbincang untuk singgah sebentar ke rumah Kak Dibah. Razia sendiri yang meminta. Katanya, haritu dia tidak sempat mahu memaklumkan mengenai tawaran sambung belajarnya pada Kak Dibah sekeluarga.

"Sayang dah siap ke?" laung Harith dari bawah.

Dengan sahaja panggilan suaminya, buatkan Razia kelam kabut mencapai tudung bawalnya yang sudah digosok. Ala, cepatnya. Dia tak suka la kelam kabut macam ni. Nanti awning tudung tak jadi.

Harith sudah panjat anak tangga ke atas. Pintu bilik ditolak perlahan.

"Lah tak pakai tudung lagi ke?"

Razia hanya menyengih. "Sorry abang... Abang tunggu sekejap tau. Sekejap aje, bagi Razia pakai tudung ni elok-elok. Nanti kalau awning ni tak jadi, Razia boeh jadi singa," ujar Razia sambil dia sibuk melilit tudung bawalnya.

Harith menggeleng kecil. "Macam tu pun boleh ya?" kata Harith sambil dia mula mengangkat beg bagasi mereka dan diletakkan dihadapan pintu bilik.

"Mestilah! Perempuan punya mahkota dia tudung. Kalau awning tak jadi, dia boleh jadi bad mood sepanjang hari tau—"

"Tak apalah, sayang usahakanlah bentuk tudung tu. Abang turun bawah sekejap, nak masukkan bagasi ni dalam kereta," pamit Harith lembut.

"Ni ada apa-apa barang yang sayang nak masukkan lagi? Dah sampai KLIA nanti, jangan suruh abang patah balik rumah pula," kata Harith.

"Erm tak ada kut. Kan abang yang kemaskan baju-bau Razia semalam?" tanya Razia. Semalam, dia terlelap awal. Dan disebabkan itulah, Harith sendiri yang mengemas segala keperluan dia ke Sabah. Tudung bawal dia pun Harith yang gosok. Nasib baik awning jadi cantik. Function betul Harith ni.

"Eh tapi abang, Razia punya—" Ayat hujungnya sengaja tidak disambung. Pipinya sudah berbahang mengenangkan macam mana Harith membungkus baju pakaianannya.

Harith senyum dan angguk. "Ada sayang... Semua abang dah masukkan. Kalau boleh semua baju sayang dalam almari tu, abang nak sumbat masuk. Tak apa, kalau ada yang tak cukup, kita beli aje kat sana."

Razia hanya membalas dengan anggukan.

"Jangan cantik-cantik sangat, abang tak suka orang lain usya isteri abang. Abang aje yang boleh," pesan Harith sebelum dia terus keluar dengan beg bagasi tadi.

Razia hanya melihat pemergian suaminya dengan senyuman tipis. Ada-ada sajalah...

_____•_____

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now