SPECIAL CHAPTER II 🎁

7.4K 325 25
                                    

Harith hanya memerhati gelagat anak sulungnya yang masih sibuk dok mencalit wajahnya dengan entah apa-apa barang makeup itu. Itu kalau Razia tahu yang si Yaya ni main barang makeup dia, mahu bergegar satu rumah ni.

"Bila nak siapnya Yaya? Babah penat la nak tengok awak je dari tadi?" Seketika, Harith mencium dahi Riyaz yang berada dalam dukungannya itu. Anak mata masih tertumpu pada Yaya yang sedang berdiri di hadapan meja solek itu.

"Cekejaplah babah... Harini kan birthday Yaya. Mestilah Yaya kena cantik-cantik." Bedak yang berada di atas meja solek itu ditepek ke atas wajahnya. Entah rata atau tidak langsung tidak dipedulikan.

Harith gelengkan kepala. Sejurus itu, Riyaz yang berada dalam dukungannya tadi diletakkan di atas katil dengan perlahan-lahan. Harith terus bangun dan menuju ke arah anak gadisnya itu.

"Sini babah tengok sayang..." Tubuh genit Yaya yang sedang berdiri di hadapan cermin itu ditarik menghadapnya. "Ya Allah budak ni... Awak ni nak masuk opera cina ke apa?" Bedak yang tidak rata tadi dirapikan Harith dengan telapak tangannya.

"Kenapa babah? Yaya tak cantik ke?" Mulut dimuncungkan. Tapi tadi tengok kat cermin rasanya dah macam Neelofa.

Harith geleng kecil. "Mana ada. Anak babah ni perempuan paling cantik dalam dunia ni. Dah, baru comel!" Rambut Yaya yang sedikit serabai itu dirapikan sedikit sebelum sebuah mini crown diletakkan di atas kepala anaknya. Setelah itu, tubuh Yaya didukung Harith dan diletakkan di atas lantai semula.

"Lagi cantik dari umi ke babah?" tanya Yaya polos.

Harith terpempan. Liur diteguk. Fuh, soalan! "Jangan cakap kuat-kuat, nanti umi dengar. Ini rahsia kita berdua aje." Pipi tembam Yaya dicubit sekali, sebelum Harith kembali duduk di sisi Riyaz.

Susah betul bila ada dua hati yang kena jaga sekarang ni. Dulu seorang pun dah pening kepala, bila ditambah lagi seorang ni. Haih...

Pening kuasa dua!

"Babah, teacher dekat school Yaya cantik tau..." beritahu Yaya tiba-tiba.

Harith yang sedang menukar pampers Riyaz tadi terus terhenti perbuatannya. Wajah anak sulungnya dipandang dengan kerutan.

"Lepastu, awak nak babah buat apa?" soal Harith dengan gelengan. Sesaat kemudian, Harith terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Lagi dilayan anak gadisnya, lagi pening kepala dibuatnya.

"Kita cari la umi baru..."

"Hoi!" Rasa nak melompat Harith dari katil ni sekarang. Tubuh Yaya ditarik sebelum ditekup mulutnya. "Jangan cakap macam tu lagi. Umi awak sorang tu aje, tak ada dua, tak ada tiga." Harith menasihati anaknya.

Yaya terkekeh-kekeh ketawa disitu.

"Hei, cenangnya dalam hati kalau beristeri dua!"

"Yaya diam..." Sempat dijegilkan mata ke arah anak sulunynya itu.

"Siapa yang nak kahwin dua?" tanya satu suara sebaik sahaja pintu bilik itu ditolak dari luar. Harith dan Yaya sama-sama mengeras disitu. Dengan Riyaz sekali kejung disitu. Pampers pun tak selesai pakai lagi ni babah oi!

"Sayang..." Harith senyum lebar sebelum kaki diatur ke arah isterinya. Bahu isterinya dipaut lembut.

Razia masih menatap wajah suaminya dengan renungan tajam. Renungan membunuh. "Siapa yang nak kahwin dua? Abang ke? Dah banyak sangat ke harta tu sampai nak buat amal jariah dengan perempuan lain?" Perut Harith dipiat geram.

"Auch!" Harith menggerimis kesakitan. Sempat dijeling anak sulungnya disisi. Kalau tak disebebkan nyanyian kurang berhemah dari Yaya tadi tak adalah sampai begini jadinya.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now