BAB 67

5.4K 207 6
                                    

Dari jauh, Harith hanya memerhatikan isterinya yang masih tidak berganjak seinci pun dari pusara Hajah Faiza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh, Harith hanya memerhatikan isterinya yang masih tidak berganjak seinci pun dari pusara Hajah Faiza. Setelah selesai sahaja majlis pengebumian Hajah Faiza tadi, semua hadirin yang hadir tadi sudah pulang ke rumah masing-masing. Yang masih tersisa di tanah perkuburan hanyalah ahli keluarga terdekat sahaja. Anak-anak rumah Jagaan Bakti juga sudah diarahkan pulang.

"Harith nak tengok pergi Razia sekejap..."

Baru sahaja Harith mahu melangkah pergi, Haji Taib lebih pantas menarik lengan Harith. Kepalanya digeleng kecil. "Biarkan Razia Harith... Baba tahu, mesti banyak benda yang dia nak meluah. Biarkan dia luahkan semua sendirian," pesan Haji Taib.

Harith mengeluh sendiri. Akhirnya dia akur duduk disitu. Dari tadi susuk Razia tidak lekang dari anak matanya.

"Harith, boleh baba tanya kamu sesuatu?" pinta Haji Taib lembut.

Seketika, pandangan Harith terus dipusatkan ke arah Haji Taib yang sedang berdiri dihadapannya.

"Boleh. Baba nak tanya apa?"

"Harraz ada bagitahu kamu yang dia nak datang ke sini atau tidak? Semalam, baba dah beritahu dia yang umi dah tak ada. Tapi tak ada pula dia cakap nak datang ke tak. Manalah tahu, dia ada maklumkan pada kamu."

Harith terdiam seribu bahasa. Jujur, semalam dia cuba mahu mengambil Mariam untuk ikut mereka ke majlis pengebumian arwah Hajah Faiza, tetapi Harraz melarangnya keras. Katanya, dia sendiri boleh bawa Mariam kesini. Nak taknak, Harith akur pulang berdua dengan Razia. Katanya nak datang, tapi kenapa sampai sekarang batang hidungnya masih tiada?

"Harraz ada bagitahu Harith yang dia nak datang... Cuma Harith tak pasti bila."

Haji Taib senyum segaris. "Lega baba dengar. Baba bukan apa, cuma kalau boleh datanglah jenguk buat kali yang terakhir. Lagipun, Mariam mesti sedih dengan pemergian umi dia. Apalah yang Mariam buat sekarang ya?" soal Haji Taib kendur. Sudahlah tak dapat nak tengok muka arwah buat kali yang terakhir. Maafkan baba Mariam...

_____._____

"Kenapa kau tipu? Kau cakap kau nak sambung dekat luar negara, rupanya kau ada dekat Rumah Jagaan Bakti tu. Kau tahu, sampai sekarang aku rasa yang aku ni bodoh sebab percayakan kau," ujar Malik kesal.

Ketika itu dia dan Mirza duduk di atas motorbike masing-masing yang diparkir di bawah pohon redup. Sementara menunggu sisa manusia yang berada di tanah perkuburan itu pergi.

Mirza hanya mampu diamkan dirinya. Seakan sedar akan kesalahannya.

"Kau tahu mama kau sampai tanya aku, kenapa kau tak pernah call dia selama kau pergi. Beragak-agaklah Mirza. Kalau kau taknak call aku, aku tak palat sangat, masalahnya dengan mak kau sendiri kau ghosting. Kau tak rasa serbasalah ke dengan dia?" sembur Malik tak tertahan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now