BAB 50

5.6K 212 8
                                    

Tatkala kereta mewah Harith sudah melepasi pagar kolej, debar didada Razia kian memuncak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tatkala kereta mewah Harith sudah melepasi pagar kolej, debar didada Razia kian memuncak. Dari tadi matanya hanya terkunci pada luar tingkap. Sangat ramai manusia yang mahu masuk mendaftar sama sepertinya. Gementarnya tak usah dikata, sampai menggigil tulang-temulang sekarang.

Harith meletakkan tangannya diatas tangan isterinya.

"Jangan takut... Dia orang pun sama aje macam Razia. Datang hanya nak menuntut ilmu." Harith senyum segaris sebelum kembali fokus untuk menjadi tempat parkir kereta.

Razia menghembuskan nafas panjang.

Dapat sahaja petak parkir kosong, Harith terus matikan enjin kereta. Isterinya disebelah dikerling sekilas. "Jom," ajak Harith lembut.

Razia mengangguk. Pintu kereta dibuka. Bebola matanya meliar melihat kawasan sekeliling. Macam ini rupanya suasana di universiti. Semuanya nampak baru baginya. Harith pula sibuk mengeluarkan beg-beg baju isterinya. Bagasi kelabu ditarik, dengan barang-barang yang lain.

"Biar Razia tolong..." Razia memperlawa.

Harith pula menggeleng. "Tak apa, abang boleh bawakan. Ringan aje ni. Sayang ambil beg ni, dalam ni ada dokumen untuk pendaftaran nanti." Mulutnya dicuihkan ke arah beg sandang yang berada di atas bahunya. Tak menunggu lama, Razia terus menarik beg tersebut.

"Jom..." Walaupun banyak barang yang harus dibawa tetapi tangan isterinya masih tidak dilepaskan.

Kata orang yang memantau kemasukan pelajar baru, tempat pendaftaran adalah di dewan utama yang terletak tidak jauh dari tempat kereta diparking.

Tak menunggu lama, mereka terus berlalu ke arah tempat yang diarahkan.

"Kita kena buat apa ni?" soal Razia bingung. Maklumlah, baru kali pertama. Semuanya nampak kekok baginya.

"Dalam dewan tu nanti, ada orang yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kaunter pendaftaran. Sayang pergi lapor diri dulu, lepastu baru dia akan bagi kunci bilik," jawab Harith, lembut.

Razia mengangguk faham.

"Pergilah, abang tunggu dekat luar ni. Kalau sayang tak tahu, boleh tanya pada fasilitator yang ada disitu," pesan Harith buat kesekian kalinya.

Sekali lagi Razia mengangguk. "Abang tunggu dekat sini tau—" Kalau tiada suaminya disini, entah apa akan jadi padanya. Mujur ada Harith yang tahu dengan semua benda.

"Ya sayang, abang tunggu Razia dekat sini. Abang tak lari. Jangan risau," balas Harith dengan senyuman tipis. "Kalau tak tahu lagi, mesej abang."

Lambat-lambat, akhirnya Razia akur dan terus menghayunkan kakinya ke dalam dewan yang disediakan.

Harith hanya memandang pemergian isterinya dengan senyuman tipis. Tuhan, macam mana la kalau dia tiada disisi isterinya nanti. Bolehkah Razia jaga dirinya disini tanpa Harith disisi?

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now