BAB 48

4.7K 191 10
                                    

Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran. Dan setiap perjalanan pasti akan berjumpa kesudahan. Begitulah keadaan mereka sekarang. Pejam celik, pejam celik, harini sudah masuk hari terakhir percutian mereka di Pulau Mabul. Rasa berat sangat hati ini mahu pergi. Ada juga sekelumit rasa tidak mahu meninggalkan tempat ini. Tapi apakan daya, semuanya harus diterima jua.

Semalam ada hari dimana mereka melakukan segala jenis aktiviti disini. Antaranya adalah snorkling, kayak lautan, melawat perkampungan Bajak Laut dan banyak lagi. Dan aktiviti yang akan dilakukan mereka adalah, singgah membeli beberapa cenderahati untuk sahabat dan keluarga rapat.

Harith dan Razia singgah sebentar untuk mencari cenderahati di Pasar Tanjung Tawau. Katanya, disini banyak menyediakan pelbagai jenis cenderahati. Daripada barangan sehinggalah ke makanan.

Harith menggenggam tangan isterinya dengan erat.

"Jangan lepaskan tangan abang sayang. Jenuh abang nak cari Razia nanti. Razia tu dah la pendek," pesan Harith.

Razia menjeling Harith pakej dengan dengusan. Suka hati aje cakap kita ni pendek! Toleh sahaja ke kiri, anak mata Razia meluas sambil dia menepuk-nepuk lengan Harith.

"Abang! Tengok tu, ada banyak!" Jari telunjuk Razia dihalakan ke arah satu gerai dengan penuh teruja.

Harith sama-sama menoleh. Matanya dikecilkan sedikit. "Banyak apa sayang? Ada banyak barang dekat situ," soal Harith balik.

"Jeruk tu... Sedapnya, kecur air liur Razia." Matanya masih terletak pada kedai tersebut.

"Sayang nak?"

Razia menoleh suaminya. "Boleh ke?" Razia kedipkan mata beberapa kali.

Harith mengangguk. "Boleh sayang... Nak angkut satu kedai tu pun boleh—"

Makin melebar senyuman Razia. Kalau dah dikasi lampu hijau, alamatnya kita serang terus kedai tersebut. Lengan Harith ditarik tidak sabar. Sampai sahaja di gerai itu, Razia membelek-belek beberapa jenis jeruk yang tersedia disitu.

"Buat apa nak pilih sayang? Ambil aje semua," kata Harith.

Razia menoleh ke arah suaminya. "Mana boleh. Bankrup la abang nanti."

Harith ketawa kecil. "Kalau yang membangkrupkan abang tu adalah Razia, abang tak kesah. Jatuh miskin disebabkan sayang sekalipun abang tak hirau."

Razia mencebik. Eleh, mulut kata lain, bila dah jadi nanti, barulah menggelupur.

"Razia ambil betul-betul ni. Abang jangan menyesal pula kalau tahu total harga semua ni—" Razia memberi peringatan. Mahunya Harith tarik balik kata-katanya tadi, buat malu dia aje disitu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now