BAB 20

6.4K 288 13
                                    

Harith mematikan enjin keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harith mematikan enjin keretanya. Kemudian, dia keluar dari perut keretanya dan terus membuka pintu disebelah penumpang. Buka sahaja pintu, susuk Mariam sudah terlelap sambil melentokkan kepalanya. Letih sangat gamaknya.

Harith senyum kecil. Tubuh Mariam digerakkan perlahan. "Mariam... Bangun sayang. Kita dah sampai," kejut Harith lembut.

Lambat-lambat, akhirnya Mariam mencelikkan matanya.Badanya direnggangkan sedikit. Matanya digosok berkali-kali.

"Kita dah sampai rumah ke pak ngah?" soal Mariam terpisat-pisat.

"Dah Mariam. Mariam nak jalan sendiri ke, nak pak ngah dukungkan?"

Mariam pakai kasutnya semula. "Tak apalah pak ngah, Mayam boleh jalan sendiri." Beg sekolahnya disandang dan Mariam terus keluar dari perut kereta. Harith menggosok lembut kepala Mariam.

"Dah pergi masuk dulu. Nanti pak ngah masuk," kata Harith senada.

"Okey." Mariam terus berlari masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Harith dibelakang sendirian.

Mariam menolak pintu rumah, masuk sahaja susuk Datin Kalsom sedang duduk di atas sofa sambil membaca majalah.

"Tok ma!" jerit Mariam teruja. Mariam terus melompat naik disisi Datin Kalsom.

Datin Kalsom senyum lebar. "Dah balik dah cucu Tok Ma ni? Macam mana best tak sukan tadi?" soal Datin Kalsom ingin tahu. Tudung kepala cucunya digosok perlahan.

Mariam mengangguk laju. "Best sangat-sangat Tok Ma! Mayam ada buat macam-macam kat sekolah tadi. Tok Ma nak tahu, pak ngah pun ada menang tadi," cerita Mariam sungguh-sungguh.

Datin Kalsom nampak sedikit berminat dengan cerita Mariam tadi. "Pak ngah menang? Pak ngah masuk acara apa Mariam?" Hai... Si Harith ni. Dia pula yang melebih, sampai menang segala.

"Pak ngah masuk lumba lari. Pak ngah lari laju Tok Ma... Sebab tu pak ngah dapat nombor satu."

Datin Kalsom mengangguk faham.

"Lagi-lagi. Ceritalah pada Tok Ma, apa lagi yang best dekat sana?"

Mariam mengetuk dagunya beberapa kali. "Tapi Tok Ma, yang paling best sekali, sebab Mayam dapat jumpa Kak Noor balik. Kak Noor ada kat sana juga Tok Ma..." beritahu Mariam teruja. Lengan Datin Kalsom digoncang beberapa kali.

Datin Kalsom sedikit tergamam. Kak Noor? Razia ke? Razia anak Jagaan Bakti itu? Apa dia buat disana? Pelbagai persoalan bermain di ruang fikirannya.

"Mariam jumpa dengan Kak Noor?" ulang Datin Kalsom sekali lagi.

Angguk.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now