BAB 61

5K 205 47
                                    

Beberapa hari sudah berlalu, alhamdulillah kandungan Razia masih baik, dan keadaannya dirinya juga sudah semakin stabil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa hari sudah berlalu, alhamdulillah kandungan Razia masih baik, dan keadaannya dirinya juga sudah semakin stabil. Tiada lagi mual-mual dan sakit badan. Harith juga selalu mengirim buah-buahan dan sumplemen untuknya.

Namun, sejak dua menjak ini, Pia seperti mahu menjauhkan diri daripada Razia. Kadang ke kelas, mereka tidak akan pergi sekali. Walaupun satu kelas, Pia pasti memilih untuk pergi berasingan. Balik daripada kelas pula, Pia akan melepak dan tidur di dalam dorm pelajar lain.

Razia sendiri pun bingung. Apa salah yang dia buat pada Pia sampai Pia mahu menjauhkan diri daripadanya?

Selepas pulang dari kafe, Razia terus rebahkan dirinya. Pia pula macam biasa sudah hilang dari radarnya. Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak balik ke bilik. Entah dimana dia tidur.

Baru sahaja Razia mahu melelapkan diri, telefonnya tiba-tiba berdering. Razia celikkan mata seraya telefonnya dicapai. Nampak sahaja nama suaminya terpampang di skrin, Razia terus angkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum abang..." ucap Razia dengan suara parau.

"Waalaikumussalam, sayang okey? Lemah je suara. Dah makan?" tanya Harith gusar.

"Hmm..." Razia sekadar menggumam.

"Sayang... Jangan buat abang risau. Kenapa, ceritalah dengan abang. Ada apa-apa yang jadi dekat sana ke? Razia gaduh dengan Pia?" tebak Harith.

Razia terus tegakkan batang tubuhnya. Kemudian, dengan perlahan dia bersandar di kepala katil. Pandai pula suami dia meneka. Lambat-laun, Razia hanya menjawab, "Mana ada Razia gaduh dengan Pia, Razia okey ajelah... Cuma biasalah, ibu mengandung kan cepat penat." Razia cipta alasannya sendiri. Tak mahu Harith terlalu risau padanya. Tak pasal-pasal kena leter nanti.

"Iya ke? Abang ingat apalah tadi... Tak apa, banyak rehat, jangan buat kerja banyak sangat," pesan Harith seperti biasanya.

"Abang nak apa call Razia?" Sengaja dia menukar topik perbualan.

"Esok abang jemput sayang tau... Kita pergi majlis kahwin Faris," beritahu Harith.

"Hah, abang Faris dah nak kahwin dah? Dengan siapa?" soal Razia tidak percaya. Tahu-tahu dah ada calon dah dia.

"Entah la yang... Abang pun tak kenal sangat dengan bakal isteri dia tu. Cuma apa yang abang boleh kata, kahwin si Faris tu, kahwin express. Laju betul."

Razia sekadar mengangguk walaupun masih kurang faham.

"Abang ambil sayang sehari aje, kalau sayang taknak cuti lama-lama. Nanti lepas majlis habis, abang hantar balik."

"Razia okey aje mana-mana. Esok, kalau abang dah sampai abang bagitahu Razia eh?" Selepas bertukar sedikit soalan, Razia terlebih dahulu meletakkan panggilan. Jam di dinding dikerling sekilas. Pukul tiga nanti akan ada satu kelas lagi. Razia terus bangkit dan mahu bersiap.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now