BAB 62

4.9K 190 0
                                    

Pemergian Pia sedikit sebanyak memberi impak pada Razia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pemergian Pia sedikit sebanyak memberi impak pada Razia. Semalam, setelah Pia benar-benar pergi, puas Razia menangis sehingga membengkak matanya. Dan harini pula, kebetulan suaminya akan menjemputnya untuk ke majlis pernikahan Faris. Disebabkan itulah, dari awal pagi lagi, Razia sudah kelam-kabut menuam matanya dengan ais batu. Tak mahu nampak terlalu obvious pada mata Harith.

Baju sudah pun ditukar kepada baju kurung. Sekarang, cuma mahu menunggu Harith datang menjemputnya. Razia bersila di atas katil sambil anak matanya merenung ke arah katil kosong yang dahulunya pernah diduduki Pia. Teringat waktu Pia ada disebelahnya. Sebelum tidur, pasti mereka akan berborak panjang.

Namun, semuanya hanyalah kenangan semata.

Lagi lama dia merenung, air matanya semakin galak jatuh. Razia kesat air matanya berkali-kali. Jangan menangis Razia! Seketika, kornea matanya dapat menangkap satu helaian kertas yang diletakkan di atas meja belajar Pia. Razia bangkit dari duduk, seraya surat tadi dibawa dan dibaca.

Untuk Razia :

Aku segan nak bagi surat ni dekat kau, jadi aku letak surat ni dekat sini. Aku harap kau sempat jumpa dan baca surat ni Razia...

Tujuan aku tinggalkan surat ni untuk kau adalah untuk aku sampaikan ucapan maaf aku buat kali yang terakhir. Aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Razia. Aku tahu apa yang aku buat pada kau tu dah melampau. Aku tak sepatutnya buat macam tu dari awal lagi.

Aku ingat lagi masa first kita jumpa, dua-dua awkward masatu. Tapi bila dah lama-lama aku makin selesa dengan kau, sampailah perasaan bodoh aku ni muncul. Disebabkan aku, segala rancangan yang kita pernah buat dulu, musnah macam itu aje. Aku tak dapat nak teman kau graduate. Kita tak dapat nak tengok satu sama lain naik pentas.

Aku harap kau dapat habiskan study kau dekat sini Razia. Aku akan selalu sokong kau dari jauh. Banggakan keluarga kau. Banggakan suami kau. Lagi satu, jaga kandungan kau tu baik-baik Razia. Kalau Allah izinkan, aku nak tengok muka anak kau Razia. Mesti comel macam mak dia...

Aku kena pergi Razia. Maafkan aku sebab pernah simpan perasaan pada kau. Aku tahu semua ni nampak gila untuk kau. Aku betul-betul minta maaf. Aku harap dengan pemergian aku dapat buat kau lebih selesa. Aku janji dengan kau yang aku akan cuba rawat diri aku. Aku nak jumpa dengan kau bila aku dah normal semula.

Selamat tinggal sahabat...

-Luthfia

Disaat perkataan terakhir yang tertera di atas surat itu habis dibaca, satu persatu cecair jernih mulai menitis di atas kertas putih itu. Saat Razia membaca surat itu, dia tak dapat nak menahan sebaknya. Razia pegang dadanya yang terasa sesak. Sakit. Bila masa Pia tulis surat ini? Tuhan...

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now