BAB 17

5.9K 288 13
                                    

Lengan Kak Dibah sudah digoncang beberapa kali oleh Aliya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lengan Kak Dibah sudah digoncang beberapa kali oleh Aliya. Tapi, Kak Dibah seperti biasa masih tiada reaksi. Langsung tidak dihiraukan Aliya dihadapan.

"Ibu jomlah..." pujuk Aliya tak putus asa.

Kak Dibah masih khusuk mengupas bawangnya. "Ibu kata, ibu taknak Aliya. Segan la ibu nak pergi acara-acara macam tu," tolak Kak Dibah. Masih berkeras dengan pendiriannya.

Aliya mencebirkan bibirnya. "Ala ibu ni... Ini kan acara sukan untuk ibu bapa. Kalau ibu tak datang, siapa lagi yang nak datang. Ayah pun taknak datang. Boleh la ibu..." Aliya mengerdipkan matanya beberapa kali. Cubaan untuk meraih simpati.

Kak Dibah geleng lagi. "Tak lalu ibu nak bersukan-sukan ni Aliya. Ibu ni bukannya orang muda nak berlari sana sini. Letih Aliya oi... Lagipun, ibu kena jaga kantin sekolah Aliya—"

Aliya tarik muka. Merajuk la dengan ibu kalau macam gini.

Sementara itu, susuk Razia mula datang memasuki dapur. Di tangan Razia ada segelas cawan yang sudah pun kosong isinya. Lantas, cawan tadi dibawa ke singki sebelum dicuci sekilas. Setelah selesai, Razia palingkan wajahnya ke arah dua beranak itu.

"Kenapa muka tu Aliya? Monyok aje Kak Noor tengok?" Razia melabuhkan duduk di hadapan Kak Dibah. Tubuh genit Aliya ditarik sebelum diletakkan di atas pahanya. "Hmm... Kenapa ni?" Rambut Aliya yang sudah kusut dirapikan sedikit.

"Ibu ni Kak Noor... Ibu taknak datang sukan sekolah Aliya. Aliya sedih—" Wajahnya disembamkan di atas bahu Razia.

"Haa mengadu, mengadu. Kalau macam gitu, suruh la Kak Noor kau gantikan ibu. Kak Noor kau tu muda lagi. Stamina pun kuat. Ibu ni baru berjalan sikit dah mengah Aliya oi..." cebik Kak Dibah.

Aliya tegakkan tubuhnya. Matanya sedikit bersinar tatkala memandang wajah Razia. "Kak Noor boleh gantikan ibu ke?" soal Aliya teruja.

Razia sudah terkebil-kebil disitu. Dahinya berkerut sedikit. Tak mengerti dengan situasi. Ah sudah, kenapa dia pula yang harus dijadikan kambing hitam?

"Gantikan ibu apa ni? Kak Noor tak faham—"

"Esok, sekolah Aliya ada buat hari sukan tahunan. Dan dan pula ada aktiviti sukan untuk ibu bapa sekali. Sebab itulah, si Aliya ni beria-ia ajak akak ke sekolah dia. Kau pun tahu Noor, akak ni cukup tak berkenan nak bersukan. Sebab itu badan akak macam gini—" Sempat lagi Kak Dibah kondem diri sendiri di hujung ayat.

Razia tergelak kecil. Faham sangat dengan maksud Kak Dibah.

"Kalau datang setakat nak suport si Aliya ni berlari, akak tak kesah sangat Noor. Masalah sekarang ni, dengan mak bapak sekali kena berlari. Kau rasa Noor?" kata Kak Dibah geram. Peraturan mana sekolah ni cekau? Haih, tak faham betul...

"Ala ibu ni, cikgu bukannya suruh ibu berlari satu Kuala Lumpur ni. Lari dalam padang aje," sindir Aliya dengan beraninya.

Kak Dibah sudah berasap. Mahu aje dia ganyang mulut anak tunggalnya itu. "Oh, pandai kau bercakap ya? Haa, esok ibu nak tengok kau berlari. Tak dapat nombor satu siap kau ibu kerjakan. Tak pasal-pasal esok kau makan bawang aje Aliya," geram Kak Dibah. Pandai menjawab budak ni.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now