BAB 72

5.8K 222 2
                                    

Selang beberapa hari kemudian, Harith buat keputusan untuk membawa Razia ke Kuantan, seperti yang diminta isterinya tempoh lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selang beberapa hari kemudian, Harith buat keputusan untuk membawa Razia ke Kuantan, seperti yang diminta isterinya tempoh lalu. Mereka akan ke Kuantan dalam tiga hari begitu untuk mencari adik-adik Razia semula. Jumpa atau tidak itu belakang cerita, asalkan ada usahanya.

Perjalanan dari kota Kuala Lumpur ke Kuantan hanya mengambil masa dalam tiga jam sahaja. Sampai di Kuantan, mereka berehat sebentar di salah sebuah hotel yang ditempah. Esok pagi, baru mereka akan keluar ke rumah mak long.

Dari jam lapan malam tadi, Harith berusaha memujuk isterinya untuk keluar makan malam di gerai berhampiran kawasan hotel ini. Tetapi Razia masih berkeras tidak mahu ikut. Katanya malas mahu bersiap malam-malam sebegini.

Disebabkan itu, Harith sendiri yang mencari dengan menggosok pakaian isterinya. Daripada baju sehinggalah ke tudung semuanya dia yang gosok.

"Dah, abang dah siap gosokkan dah... Kalau sayang taknak ikut juga, abang tak ada pilihan lain selain dukung sayang keluar." Baju dan tudung yang sudah siap digosok tadi dihamparkan di atas katil dengan penuh berhati-hati.

"Ala... makan kat dalam hotel ni je tak boleh ke? Razia malas la nak keluar."

"Tadi sayang kata malas nak bersiap, ni abang dah tolong gosokkan baju. Lepastu, sayang malas nak berjalan pula. Ke nak abang tolong tukarkan baju sekali?" Baru sahaja Harith mahu mengambil baju isterinya, Razia lepas pantas merampas semula.

"Jangan nak buat kerja gila." Mata dijegilkan sekali sebelum dia terus berlari masuk ke dalam bilik air.

Harith hanya memerhatikan isterinya dengan senyum tipis. Nak ajak keluar pun malas. Haila...

                                    _____•_____

"Duduk dulu sayang... Abang pergi oderkan makanan sekejap." Ketika itu, mereka berada di sebuah gerai ditepi jalan. Katanya, Harith teringin mahu makan char kuey teow. Razia ikutkan saja kemahuan suaminya.

Selang beberapa minit kemudian, Harith kembali dengan dua pinggan char keuy teow ditangan. Satu pinggan diletakkan dihadapan isterinya.

"Nampak sedap kan sayang? Susah tau nak jumpa char keuy teow macam ni kat KL."

Razia ketawa halus. Entah, dia pun jarang nak food hunting di KL. Apa makanan yang ada, itulah yang dimakannya.

"Dulu sebelum Razia duduk KL, Razia tinggal dekat Kuantan kan?" soal Harith tiba-tiba.

Razia telan makanannya dulu sebelum dia angguk mengeyakan.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now