BAB 23

5.6K 255 17
                                    

"Kamu biar betul Harith Firmanshah?!" Suara Datin Kalsom bergema satu ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kamu biar betul Harith Firmanshah?!" Suara Datin Kalsom bergema satu ruang tamu. Bukan sahaja itu, Harraz dan Elma disitu turut terkejut sama dengan berita yang disampaikan Harith tadi.

"Harith dah fikir masak-masak mummy. Harith nak memperisterikan Razia," kata Harith dengan yakinnya.

Datin Kalsom menggelengkan kepalanya beberapa kali. Gila! Ini kerja gila namanya. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba minta nak kahwin. Dah kenapa?

"Kau yakin ke dengan keputusan kau Harith? Besar tanggungjawab seorang suami ni Rith. Bukannya, macam main pondok-pondok. Kau yakin ke kau boleh bimbing isteri kau nanti?" Harraz mula mencelah.

Harith berdecit perlahan. Look whose talking...

"Aku yakin dengan keputusan aku. Aku dah besar, dan aku tahu apa yang aku buat," balas Harith tanpa menjeling sekilas pun wajah abangnya.

Datin Kalsom memicit pelipisnya beberapa kali. "Tapi kenapa perempuan tu? Apa motif kamu nak memperisterikan dia Harith?" Datin Kalsom menyoal dengan nada sebal.

"Harith nak jaga Razia mummy... Harith nak bimbing dia. Harith sayangkan dia. Sangat-sangat," kata Harith kendur. Tangan Datin Kalsom digenggam lembut.

"Atau motif sebenar kamu nak bawa dia masuk dalam keluarga kita, untuk lebih mudah dia nak ambil Mariam pergi dari kita?" tuduh Datin Kalsom melulu.

Harraz sudah bangun dari duduknya. "I'll never let that happen!" tegas Harraz dingin.

"You—" Elma cuba menenangkan suaminya. Lengan suaminya ditarik untuk duduk semula. Harraz akur. Dilabuhkan duduknya semula.

Harith menggelengkan kepalanya beberapa kali. "Allahuakbar mummy... Harith tak pernah terdetik sekali pun nak buat macam itu. Harith ikhlas mummy. Harith sayangkan Razia. Harith nak Razia jadi isteri Harith yang sah. Sebab itu Harith nak minta restu dari mummy." Tangan tua Datin Kalsom ditarik dalam genggaman.

Datin Kalsom mendiamkan diri. Hatinya mula berbolak-balik. Mustahil dia nak hancurkan kebahagian anaknya sendiri? Dia tak sekejam itu...

"Harith betul-betul sayangkan dia?" soal Datin Kalsom senada.

Harith menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Percayakan Harith mummy... Harith dah siap nak jadi seorang suami. Harith siap galas tanggungjawab ini. Percayalah..."

Datin Kalsom senyum segaris. "Baguslah... Tapi ingat, tanggungjawab sebagai seorang suami ni besar Harith. Mummy taknak kamu menyesal di kemudian hari. Tapi, kalau kamu betul dah bersedia mummy tak boleh nak kata apa dah..."

"Mummy restu?" soal Harith dengan harapan.

Datin Kalsom mengangguk. Senyum.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now