BAB 29

5.9K 255 9
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba... Persatuan antara dua jasad. Dua nyawa. Majlis akad nikah diantara Razia dan Harith akan berlangsung di Masjid Wilayah. Hanya selang dua bulan sahaja, dan Harith terus mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh nikah mereka. Atas persetujuan antara dua pihak sendiri.

Keadaan di dalam masjid sekarang berderak dengan kunjungan tetamu. Semuanya hanya orang-orang yang terdekat seperti para keluarga dan sahabat handai. Seluruh warga Rumah Jagaan Bakti turut hadir sekali. Termasuk Haji Taib dan Hajah Faiza.

Haji Taib menolak kerusi roda Hajah Faiza ke dalam. Dan Hajah Faiza hanya pegun di atas kerusi rodanya. Tanpa sebarang kata, dan tanpa sebarang emosi.

Malik dan Mirza juga segak berbaju melayu hitam. Menjadi orang kuat bagi pernikahan Razia yang berlangsung harini.

Semua sudah siap berkumpul, Razia sudah duduk bersimpul ditemani Kak Dibah disebelah. Kak Dibah senyum tipis. Tangan Razia diusap perlahan.

"Jangan gugup," bisik Kak Dibah dengan sengihan.

Razia ketawa tipis. Baru sahaja air matanya mahu menitis, Kak Dibah sudah menghulurkan tisu. Kemudian, Kak Dibah menggelengkan kepalanya. Isyarat supaya jangan menangis.

"Rosak makeup tu nanti," tegur Kak Dibah.

Razia angguk faham. Tisu tadi dibawa perlahan-lahan, dan dilap hujung birai matanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menghilangkan rasa getaran dalam dirinya kini. Tangannya terasa sejuk dan menggigil. Tak tahu sejuk disebabkan penghawa dingin masjid atau kerana gugup semata.

"Boleh kita mula ya?" Tok Kadi mula memecahkan kesunyian dan serta merta semua pandangan ditumpukan ke arahnya.

Semua mengangguk setuju.

Harith tarik nafas panjang. Tangannya dihulurkan ke arah Tok Kadi itu.

"Harith Firmashah," seru Tok Kadi itu.

"Ya saya," sahut Harith gugup.

"Aku nikahkan dikau dengan Noor Raziasyah binti Mohd Affan yang telah berwakil walikan ia kepada saya dengan mas kahwinnya sebanyak 80 ringgit, tunai!" ucap Tok Kadi itu.

"Aku terima nikahnya, Noor Razisyah binti Mohd Affan dengan mas kahwinnya 80 ringgit, tunai!" jawab Harith.

Tok Kadi itu memandang kedua belah saksi disisinya.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah..." Semua meraup wajah tanda kesyukuran. Dengan hanya sekali lafaz, Razia telah pun sah menjadi isteri kepada Harith. Sedar tak sedar, sebutir air mata jernih jatuh dari kelopak mata Harith. Harith cuba menahan sebaknya. Air matanya diseka perlahan.

Tok Kadi itu menyerahkan satu helaian kertas A4 dan sebuah mikrofon. Harith menyambut.

"Boleh baca lafaz taklik ini dihadapan isteri kamu."

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now