BAB 22

6K 267 4
                                    

Seperti yang dijanjikan, jam lima petang, Harith sudah siap menunggu Razia di bawah flat kediamannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti yang dijanjikan, jam lima petang, Harith sudah siap menunggu Razia di bawah flat kediamannya. Hampir lima minit Harith menunggu, bayang Razia masih tidak kelihatan.

Harith menjengah ke luar tingkap. Jam ditangannya sempat dikerling sekilas. Razia lupa ke? Fikirnya.

Selang beberapa minit kemudian, barulah Harith dapat menangkap susuk Razia yang sedang berjalan merapati kereta miliknya. Harith terus keluar dari perut kereta dan berlari ke sebelah penumpang. Pintu kereta dibuka bagi memberi laluan untuk Razia masuk kedalam.

Razia senyum segaris. "Terima kasih," ucapnya dan terus meloloskan diri kedalam. Harith membalas senyum dan masuk semula ke sebelah pemandu.

Masuk sahaja kedalam, Harith terus memandang Razia tanpa sebarang kata. Terpegun. Kali ini, Razia hanya mengenakan baju kurung cotton bercorak bunga, dan dikenakan dengan tudung bawal pink kosong. Tak macam selalunya. Kali terakhir, Harith tengok Razia memakai baju kurung sewaktu di Rumah Jagaan Bakti. Tetapi yang membezakannya sekarang, dulu Razia masih remaja, namun sekarang sudah bertukar menjadi gadis yang cantik jelita.

Razia mengalihkan pandangan dengan serta-merta. "Nampak buruk sangat ke Razia pakai macam ni?" soal Razia sambil dia membelek-belek baju kurungnya. Nampak macam makcik-makcik jual nasi lemak kat tepi jalan ke?

Harith menggeleng dengan senyuman tipis. "Tak Razia... Awak nampak macam perempuan melayu terakhir," puji Harith dengan senyuman manis.

Dan dengan pujian itu buatkan Razia semakin tidak keruan. Kalau boleh, dia mahu melompat keluar terus dari kereta Harith.  Malu punya pasal.

"Abang jangan cakap apa-apa lagi. Razia malu."

Harith menghamburkan tawa disitu. "Comel—" pujinya perlahan sebelum Harith terus memulakan pemanduan.

Razia dengar, cuma dia cuba buat tak endah. Tak perlu nak tengok cermin, dia pasti wajahya sekarang pasti sudah merah padam. Dan akhirnya, mereka berdua hanya senyap sepanjang jalan.

"Kita nak pergi mana?" Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Razia mula memecahkan kesunyian.

Harith menoleh sekilas. "Razia nak pergi mana? Abang ikut aje..."

Razia garu kepalanya. Dia manalah tahu tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur ni. Yang dia tahu cuma KLCC aje. Kemudian, Razia menggeleng sebagai jawapan.

"Razia tak tahu mana-mana tempat dekat KL. Razia ikut abang aje la kalau gitu," ujarnya mendatar.

Harith senyum tipis. "Kalau macam tu, Razia ada teringin nak pergi mana-mana tak? Pavilion? Petaling Street? Atau Berjaya Times Square? Masa ni la Razia boleh pilih Razia nak kemana," cadang Harith.

Razia berfikir sejenak. Dia tak tahu. Kalau ditanya, semua tempat di KL dia mahu pergi. Buat merasa sekali seumur hidup. Tapi entah kenapa, tiada rasa keterujaan pabila tempat-tempat tadi disebut Harith.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now