BAB 66

5.6K 212 11
                                    

Hari ini sudah masuk hari keenam Harith menjaga Razia di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini sudah masuk hari keenam Harith menjaga Razia di rumah. Dan dalam tempoh ini juga, Harith langung tidak bekerja. Sampai satu tahap, Razia sendiri jadi serbasalah dengan suaminya. Puas juga dia memujuk Harith untuk teruskan saja kehidupannya.

Maksudnya, buat saja seperti biasa. Pergi dan balik kerja seperti selalunya. Tapi Harith masih berkeras tidak mahu meninggalkan Razia di rumah. Katanya, selagi dia tak tengok Razia pulih, selagi itu dia tidak akan ke tempat kerja. Biarlah lingkup syarikat itu sekalipun, asalkan kesihatan isterinya terjaga.

Harith melangkah masuk ke dalam bilik dengan dulang yang berisi dengan makanan. Juadah makan tengahari isterinya itu diletakkan dengan penuh berhati-hati di atas meja.

"Nak tahu tak apa yang abang masa untuk Razia harini?" tanya Harith penuh teruja.

Razia jeling juadah disisinya. Dia nampak sahaja, tapi tetap dia buat-buat tidak tahu. Layankan ajelah... "Tak tahu. Abang masak apa untuk Razia? Tak sabar nak rasa." Melihat effort Harith yang sanggup belajar memasak walaupun dulunya, goreng telur pun hangit.

Itulah satu satu perkara yang dia suka pada Harith. Sanggup belajar sesuatu perkara itu untuk orang yang tersayang walaupun sebenanya dia tak suka pun buat benda tu. Razia duduk bersandar sambil dia memandang suaminya dengan senyuman tipis.

"Abang masak ikan tenggiri singgang untuk sayang. Semalam, abang sempat minta resipi dengan Kak Dibah. Kak Dibah kata, ikan baik untuk orang yang tengah berpantang. Nasib baik, bahan-bahan mentah dekat rumah ni banyak lagi. Sayang nak rasa? Abang boleh tolong suapkan..."

Laju sahaja Razia mengangguk. Melihat reaksi isterinya buatkan Harith ketawa kecil. Seraya, pinggan makanan tadi diletakkan di atas pahanya.

"Abang suapkan pakai tangan tau. Sudu abang lupa nak bawak." Harith menyengih.

Sekali lagi Razia hanya mengangguk. Suap pakai apa pun boleh. Asalkan bukan pakai kaki sudah.

Kemudian, satu suapan singgah ke dalam mulut Razia. Harith setia menunggu Razia menguyah makanannya untuk bertanya tentang rasa masakannya.

"Sedap tak?" tanya Harith sebaik sahaja Razia menelan sisa di dalam mulutnya.

"Sedap! Sedap sangat-sangat... Pandai abang masak," puji Razia dengan sengihan.

Harith senyum lebar. Lega hatinya mendengarkan itu. "Nah makan lagi. Aaaa..." Suapan kedua itu dibuat gaya roket sebelum masuk sekali lagi ke dalam mulut isterinya. Sebutir nasi yang melekat di hujung bibir Razia diambil dengan tangannya.

Razia ketawa dengan gelagat suaminya. Tiba-tiba, pinggan yang berada dalaam pegangan Harith itu dirampas ke arahnya. "Giliran Razia pula yang suap abang..."

"Mana boleh, ini kerja abang. Sayang mana boleh curi kerja abang." Pinggan yang berada di tangan Razia cuba dirampas semula, tetapi Razia lebih pantas membawa pinggan tadi menjauh. Harith tercebik disitu.

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now