BAB 40

6.4K 229 7
                                    

Pinggan sudah dicuci

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pinggan sudah dicuci. Ruang tamu juga sudah siap dikemas. Razia senyum lega. Tangannya yang sedikit basah dilap menggunakan hujung bajunya. Seminit kemudian, Razia mula memanjat anak tangga. Mahu melihat apa yang suaminya buat di atas.

Sampai sahaja, dedaun pintu ditolak dengan lembut. Tidak mahu suaminya terganggu. Masuk sahaja, meja kerja Harith yang berada di dalam bilik tidur mereka kosong tidak berpenghuni. Hanya ada komputer riba yang tenganga luas tetapi orang dia hadapannya tiada. Kemana Harith pergi?

"Abang?" seru Razia.

Senyap.

Razia berjalan ke arah pintu balkoni yang sedikit ternganga itu. Mesti Harith ada diluar. Keluar sahaja, memang Harith ada disitu dengan tidak berbajunya. Harith duduk di atas kerusi sambil membuang pandang ke arah jalan raya yang sibuk. Razia terus mengambil tempat disisi suaminya.

"Eh, sayang... Bila masuk?" soal Harith setelah menyedari kehadiran isterinya.

Razia senyum tipis. "Baru aje tadi... Abang buat apa kat luar ni? Tak sejuk ke?" Sebaliknya, Razia mula mengusap tubuhnya yang terasa dingin akibat ditampar angin malam. Duduk dilabuhkan disebelah suaminya.

"Abang tak sejuk. Dah biasa. Sayang sejuk?"

Razia geleng menidakkan. Melihat Harith yang sudah bangkit dari duduknya buatkan kening Razia berkerut. Dah nak masuk dalam ke? Cepatnya...

"Sayang tunggu sini sekejap," arah Harith sebelum dia terus masuk ke dalam bilik semula. Selang beberapa saat kemudian, Harith keluar dengan membawa satu selimut nipis. Selimut tadi terus dililitkan disekitar tubuh isterinya.

"Sejuk, nanti sayang demam—" ujar Harith sambil dia mengeyitkan matanya sekali.

"Terima kasih abang..." ucap Razia agak segan.

Harith hanya membalas dengan senyuman tipis. Duduk dilabuhkan semula. Dan mereka berdua hanya mengamati keindahan kota Kuala Lumpur tanpa sebarang suara.

"Sayang ada tak apa-apa azam, tapi tak pernah tercapai sampai sekarang?" soal Harith tiba-tiba.

Razia agak terkedu dengan soalan suaminya. Bukan main mukadimah dia. Sesi talking heart to heart ke ni?

"Ada, banyak—" jawab Razia ringkas.

Harith terus berpaling menghadap isterinya. Kerusinya ditarik merapati kerusi Razia.

"Apa dia? Kongsilah dengan abang. Abang nak tahu jugak," pinta Harith lembut.

Razia pandang suaminya dengan senyuman lembut. Kemudian, kepalanya terus dilentokkan di atas bahu Harith. Harith hanya membiarkan isterinya sambil tangan runcing Razia ditarik dalam genggamannya.

"Dulu kan, Razia selalu nak macam-macam... Razia nak itu, Razia nak ini. Bila Razia tak dapat sesuatu tu, Razia akan memberontak. Masa ada mama papa dulu, mama papa selalu tunaikan kehendak Razia. Kehendak bukan keperluan... Dan bila sampainya masa, mama dan papa dah tak ada, Razia rasa dah tak ada sesiapa yang boleh tunaikan permintaan Razia lagi..."

RAZIA [ C ]Where stories live. Discover now